Analisis: Kelebihan Syarat Baru Perpindahan Pemain Import Dan Impak Marko Simic Di MU

FMLLP telah mengubah peraturan dalam pasaran perpindahan pemain ke-2 dengan membenarkan pemain asing berpindah/dipinjamkan ke mana-mana pasukan liga Malaysia yang lain dalam semusim.

Ayuh, bertenang dan cuba ketepikan stigma negatif tentang sebab perubahan dalam peraturan perpindahan ke-2 yang dibuat pada pertengahan musim oleh FMLLP dan bukannya pada awal musim 2017 atau pada awal musim 2018.

Namun, fikirkanlah faedah yang dapat diperoleh oleh kelab dan para pemain yang ditamatkan khidmatnya pada pertengahan musim.

Kenyataan FMLLP

FMLLP pernah membuat kenyataan bahawa peraturan perpindahan tersebut diubah adalah sebagai suatu langkah yang adil buat pemain asing.

Para pemain yang disingkirkan, kini ibarat mendapat peluang kedua dan bebas untuk mencari kelab baharu atau bebas dilirik oleh kelab lain yang beraksi dalam liga Malaysia.

Selain itu, perpindahan pada peringkat dalaman liga ini sekurang-kurangnya dapat membantu kelab melakukan urusan pendaftaran pemain asing baharu di samping menjimatkan pengaliran keluar dana pasukan.

Terdapat sebilangan peminat yang berpandangan skeptikal dengan mengatakan pemain yang disingkirkan oleh pasukan ialah pemain yang tidak berkualiti dan usaha-usaha menandatangi mereka oleh pasukan baharu adalah sia-sia.

Namun para peminat harus memahami bahawa tidak semua pemain menpunyai corak permainan yang serasi dengan cara pengurusan dan taktikal jurulatih mereka.

Maka perpindahan pemain yang telah disingkirkan oleh kelab lama ke kelab yang lain bukanlah suatu gejala negatif.

Cuba anda ingat semula bagaimana Mohamed Salah bangkit dengan persembahan menakjubkan di Fiorentina dan AS Roma selepas ditunjukkan jalan keluar daripada Chelsea oleh Jose Mourinho?

Kini Momo (Mohamed Salah muncul antara pemain sensasi Serie A dan telah kembali ke EPL untuk menyertai Liverpool).

Penyingkiran Simic dari Negeri Sembilan

Teori negatif tersebut tampak hampir berjaya dinafikan oleh Marco Simic.

Melalui luahan yang dimuat naik melalui akaun instagrammya, Simic menyatakan kekecewaan pada awalnya kerana disingkirkan oleh pasukan Liga Perdana, Negeri Sembilan.

Photo by Safwan Rozi / www.asiana.my.

Simic mendakwa dirinya kesal kerana disingkirkan pada saat-saat akhir. Beliau juga tidaka dapat menerima kenyataan bahawa beliau tidak diberikan kesempatan untuk meneruskan usahanya membantu pasukan menjulang kejuaraan Liga Perdana.

Melaka menandatangani Marko Simic

Pasukan Melaka yang mengalami prestasi tidak menentu dalam saingan Liga Super, telah bertindak menukar penyerang berbisa mereka pada kempen Liga Perdana 2016, dengan membawa masuk Simic.

Terdapat sebilangan peminat Negeri Sembilan sendiri yang sangsi dengan tindakan MUSA.

Namun selepas beberapa siri perlawanan persahabatan, perpindahan Simic ke Melaka United menampakkan hasil.

Aagak ironi, apabila berjaya mencipta beberapa serangan berbahaya dalam perlawanan menentang bekas pasukannya, Negeri Sembilan, sebelum menyumbat gol ketika menentang JDTII.

Simic akhirnya sedikit demi sedikit berjaya menghadirkan kepercayaan buat peminat Melaka apabila berjaya mencatat empat jaringan ketika menewaskan skuad Sukan SEA Malaysia, 5-1.

Kelebihan daripada peraturan baru perpindahan pemain asing

Sebenarnya perpindahan Simic bukan sahaja membantu menyelamatkan kariernya di Malaysia, malah membantu MUSA melicinkan urusan pendaftaran pemain asing baharu.

Ini kerana pemain tersebut sememangnya telah mempunyai VISA untuk bekerja di negara ini, urusan ITC pemain tersebut juga mudah diuruskan dan yang paling penting pemain tersebut telah mengetahui corak permainan liga negara ini.

Oleh sebab itu, pemain dan jurulatih tidak perlu mengambil masa yang lama untuk membentuk keserasian pemain.

Jadi, pada pandangan anda, apakah peraturan ini dianggap tidak adil kepada sesetengah pasukan dan tidak wajar diadakan pada pertengahan musim?

Pada masa sesetengah kelab masih mencsri pemain dari luar liga Malaysia, pasukan Melaka merupakan antara salah satu kelab yang telah berjaya menggunakan kesempatan ini.

Dan mereka kini di atas landasan yang tepat untuk membuktikan bahawa mereka hampir pasti berjaya memanfaatkan perubahan yang berlaku dalam syarat perpindahan pemain dengan memantapkan barisan serangan pasukan Melaka United.

Semoga dengan pertukaran pemain yang dilakukan oleh Melaka United, Marko Simic dapat membantu pasukan Melaka United terselamat daripada tersingkir ke Liga Perdana.

Nota Editor: Artikel ini adalah hasil penulisan Hairi Mohd. Pihakkami sudah meminta izin daripada pemilik artikel untuk menerbitkannya di semuanyaBOLA. Ikuti Facebook beliau untuk lebih banyak kupasan bola sepak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN