Southampton Umum Mauricio Pellegrino Sebagai Pengurus Baharu, Sedia Hadapi EPL 2017-2018

Southampton akhirnya mengumumkan Mauricio Pellegrino sebagai pengurus baru pasukan itu selepas menandatangani kontrak selama 3 tahun.

Pengurus berbangsa Argentina itu akan menggantikan Claude Puel yang dipecat pada minggu lalu.

(Photo by Juan Manuel Serrano Arce/Getty Images)

Pellegrino, 45 tahun sebelum ini adalah pengurus Alaves di La Liga. Walaupun hanya pada musim pertama di La Liga, Pellegrino membantu Alaves menamatkan musim di tangga ke-9.

Di bawah bimbingan Pellegrino, Alaves turut layak ke perlawanan akhir Copa Del Rey sebelum ditewaskan oleh Barcelona 3-1 di Madrid pada Mei lalu.

Pellegrino nyata meyakinkan pengurusan tertinggi Southampton di dalam temuduga. Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media, beliau dipetik sebagai berkata:

“Saya sangat gembira untuk menjadi pengurus Southampton FC. Kelab ini mempunyai reputasi yang hebat dengan kekuatan dan struktur yang stabil, beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) dan bermain bola sepak yang menarik.”

“Saya berpendapat idea dan falsafah bola sepak dan budaya yang terdapat di kelab ini adalah sesuai. Kita harus bekerja sebagai sebuah pasukan di dalam dan juga di luar padang.”

(Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images)

“Saya mahu membuat penyokong rasa bangga dengan barisan pemain dan penyokong merasakan diri sebahagian dari pasukan setiap minggu.”

“Saya mahu memenangi perlawanan yang akan dihadapi, menjadi berjaya dan membina semangat berpasukan tinggi dengan semua pihak memberikan usaha 100% dan saling menyokong antara satu sama lain.”

“Saya teruja dan bersemangat tinggi untuk memulakan tugas bersama Southampton. Saya tidak sabar untuk bertemu dengan pemain-pemain dan memulakan persiapan untuk musim yang baru.

Pellegrino yang juga berada di dalam radar Crystal Palace sebelum pengumuman ini bukanlah individu yang asing di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sebelum ini, beliau pernah tampil untuk Liverpool sebagai pemain dan jurulatih ketika era Rafael Benitez. Pellegrino juga pernah mengendalikan Valencia, Estudiantes dan juga Indipendiente di Argentina.

(Photo by Barrington Coombs – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Naib Pengerusi Southampton, Les Reed berkata: “Kami mempunyai senarai pengurus yang hebat dan memanggil kesemuanya untuk menghadiri temuduga untuk proses pemilihan yang komprehensif.”

“Mauricio terus menarik perhatian kami dengan pengetahuannya yang luas, motivasi yang ada pada dirinya, keupayaan yang dimiliki dan penyampaiannya yang sangat profesional.”

“Dia sangat memahami cara Southampton, corak permainan yang beliau akan ketengahkan, aspirasi beliau untuk pasukan sesuai dengan falsafah, budaya dan cita-cita kelab ini.”

(Photo by John Powell/Liverpool FC via Getty Images)

“Kami sangat percaya bahawa Mauricio adalah calon yang paling sesuai untuk membawa Southampton ke langkah yang seterusnya. Dia mengenali pemain dan percaya kita boleh berjaya dengan beberapa penyesuaian yang beliau akan lakukan.”

“Dengan kualiti yang ada, Mauricio percaya Southampton boleh bermain bola sepak yang menarik, corak permainan menyerang dengan intensiti yang tinggi.”

“Beliau juga akan membantu kelab ini menghasilkan pemain muda sebagaimana yang sering kita lakukan sebelum ini.”

“Ketika proses pemilihan, Mauricio pantas menjadi pilihan kami. Walaupun beliau juga mempunyai tawaran dari kelab lain, kami berbangga beliau memilih untuk datang menyertai kami di St.Mary’s.”

Kini, Mauricio Pellegrino dan Southampton sudah tidak sabr untuk memulakan persiapan untuk menghadapi saingan musim 2017-2018 Liga Perdana Inggeris.

Sumber:
1. Sachin Nakrani, The Guardian (2017): Southampton appoint former Liverpool coach Mauricio Pellegrino as manager;
https://www.theguardian.com/football/2017/jun/23/southampton-appoint-mauricio-pellegrino-manager-alaves

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN