Isu Cukai, Neymar Lupakan Perseteruan Dan Hantar Mesej Sokongan Kepada Ronaldo

Neymar melupakan isu perseteruan di dalam padang dan menyatakan sokongan peribadi beliau kepada Cristiano Ronaldo berhubung dengan isu cukai.

Neymar sebelum ini pernah terkena namun berjaya menang 1 daripada pertuduhan tersebut.

Tetapi kerajaan Sepanyol tetap mendenda beliau kerana isu yuran perpindahan yang ‘meragukan’ ketika beliau berhijrah dari Santos ke Barcelona.

Ronaldo dilaporkan sedang berhadapan dengan 4 pertuduhan berkaitan dengan cukai di Sepanyol. Cukai-cukai tersebut adalah berkaitan dengan hak imej ataupun iklan.

Cristiano Ronaldo dan pihak Gestifute mengaku tidak bersalah dan kecewa dengan pertuduhan tersebut.

Ronaldo mendakwa, beliau sudah menjelaskan semua cukai yang menjadi hak kerajaan Sepanyol. Beliau juga sudah melakukan perlarasan seperti yang diminta sebelum ini.

Ronaldo juga berpenpdat, ada beberapa tuntutan cukai daripada peguasa cukai di Sepanyol adalah tidak munasabah. Ini kerana, ia adalah melibatkan hasil daripada hak imej yang beliau dapat ketika di Manchester United.

Neymar dilaporkan telah menghubungi Ronaldo menerusi whatsapp. Neymar memberikan sokongan moral dan cuba menenangkan Ronaldo yang jelas agak emosi dengan apa yang sedang berlaku.

Ronaldo kini perlu fokus untuk membantu pasukan beliau dalam Piala Konfederasi 2017. Portugal dalam landasan terbaik untuk mara ke separuh akhir.

Neymar memberitahu Ronaldo yang beliau sangat memahami apa yang Ronaldo sedang alami kerana pernah mengalami pengalaman yang serupa.

Neymar berharap Ronaldo dapat pengadilan sebaiknya dalam isu ini.

Skandal cukai melibatkan bintang bola sepak di Sepanyol kian sensasi. Sebelum ini, Mascherano, Messi, Neymar dan Angel Di Maria antara yang sudah terkenal.

Sumber/rujukan:

Diariogol – http://www.diariogol.com/es/notices/2017/06/neymar-la-lia-con-un-mensaje-de-whatsapp-a-cristiano-ronaldo-76344.php

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN