Peminat Yang Sudah Membeli Jersi ‘Firmino 11’ , Ini Pakej Istimewa Dari Anfield

Sumber rasmi Liverpool FC mengesahkan Roberto Firmino akan menggunakan jersi no.9. Ini selepas pemain Mesir, Mohamed Salah diberikan jersi no.11.

Liverpool memeterai pernjanjian 5 tahun dengan Salah yang sebelum ini bermain untuk AS Roma.

Gambar: Liverpool

Hal ini pastinya menimbulkan kekecewaan di kalangan peminat Liverpool yang sudah membeli jersi no.11 dengan nama Roberto Firmino di belakang.

Roberto Firmino antara pemain yang menjadi pilihan peminat di Anfield musim ini selepas aksi cemerlang beliau pada musim lalu.

Pihak Liverpool FC prihatin akan isu ini. Jadi, mereka telah membuat keputusan untuk memberikan nilai esklusif kepada jersi tersebut yang boleh dijadikan peminat sebagai koleksi peribadi yang berharga.

Semua jersi no.11 yang dibeli dari kedai rasmi kelab tersebut sebelum 22 Jun 2017 akan ditandatangani secara esklusif oleh Roberto Firmino.

Untuk yang sudah membeli dan menerima jersi tersebut mereka boleh menghantar semula jersi tersebut ke Anfield sebelum 18 Ogos 2017.

Pastikan jersi anda dihantar ke alamat:

Roberto Firmino shirt signing
Liverpool Football Club
Anfield Road
Liverpool
L4 0TH

Jangan lupa untuk tulis alamat lengkap anda untuk menerima kembali jersi tersebut. Sertakan sekali bukti pembelian jersi anda dari kedai rasmi Liverpool FC.

Anda juga diingatkan untuk menggunakan sampul yang sesuai untuk menghantar jersi anda, agar ianya tidak rosak.

Anda boleh klik pautan di sini untuk maklumat lanjut.

Sumber/Rujukan:

Liverpool FC – http://www.liverpoolfc.com/news/first-team/266621-roberto-firmino-to-wear-no-9-shirt-for-2017-18-season

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN