Adakah Marko Simic sudah mula serasi dengan pasukan baharunya?
Pemain yang disingkirkan dari pasukan Negeri Sembilan ini telah memperoleh pasukan baharu bersama dengan pasukan dari Liga Super iaitu Melaka United.
Semalam beliau telah menunjukkan taringnya dan nilai yang dimiliki sebagai seorang penyerang.
Dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan Malaysia B-22, pasukan Melaka United berjaya menewaskan skuad Datuk Ong Kim Swee dengan jaringan 5-1.
R. Surendran menjaringkan gol pembukaan Melaka United pada minit ke-40 bagi menyamai gol yang dijaringkan oleh Safawi Rasid yang dijaringkan pada minit ke-3 perlawanan.
Masuk separuh masa kedua, Simic mempamerkan taring beliau apabila menyumbat 4 gol dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Hang Jebat itu.
Beliau menjaringkan gol pada minit ke-46, 49, 64 dan juga minit ke-66.
Anda boleh saksikan rangkuman perlawanan di sini.
Persembahan cemerlang Simic disifatkan sebagai “persembahan yang menepati ciri-ciri yang dimahukan oleh pengurusan Melaka United”.
Semoga Marko Simic terus cemerlang bersama Melaka United.