Kisah Bagaimana Red Bull Membina Empayar Dalam Arena Bola Sepak Dunia

Red Bull. Suatu nama yang cukup ‘gah’ dalam dunia sukan masa ini. Red Bull Gmbh yang merupakan pengeluar minuman tenaga yang berasal dari Austria ini telah berkecimpung dalam banyak acara sukan lasak dan ekstrim.

Contohnya ski, ‘wall climbing’ dan sebagainya. Red Bull juga tidak asing dalam dunia permotoran.

Masihkah anda mengingati nama pasukan Formula Satu Sauber Petronas yang cukup gah di Malaysia pada suatu waktu dulu? Selain Petronas dan Credit Suisse, Red Bull juga merupakan penaja utama pasukan Formula Satu itu.

Usaha menaja pasukan Formula Satu tersebut bermula pada tahun 1995. Tidak cukup dengan dominasi dalam sukan lasak dan dunia permotoran, Red Bull mengorak langkah pula dalam arena bola sepak sejak awal abad ke-21.

Sehingga kini, terdapat empat buah kelab bola sepak yang mempunyai pengaruh besar Red Bull.

Dua buah daripadanya adalah berasal dari benua Eropah manakala sebuah kelab dari benua Amerika Utara dan sebuah kelab lagi dari benua Amerika Selatan.

Adakah akan tiba masanya nanti Red Bull akan menguasai kelab dari benua Asia atau tidak keterlaluan, kelab dari negara kita?

Di bawah adalah kelab-kelab yang telah dikuasai oleh Reb Bull. Kebanyakan kelab ini adalah diambil alih dan ditaja daripada kelab yang sedia ada dan ditransformasikan menjadi kelab bercirikan Red Bull sendiri:

FC Red Bull Salzburg

FC RB Salzburg pada asalnya dikenali sebagai SV Austria Salzburg. Selepas dibeli oleh Red Bull pada 2005, Red Bull telah menjenamakan kelab ini semula dengan nama Red Bull Salzburg dan menukar warna tradisi kelab daripada ungu dan putih kepada merah dan putih.

Kecewa dengan tindakan Red Bull tersebut, telah memaksa sekumpulan penyokong setia SV Austria Salzburg menubuhkan kelab mereka sendiri pada 2005 dengan menggunakan nama asal kelab tersebut.

Kelab tersebut telah memulakan saingan daripada level ke-7 liga Austria. Namun beberapa tahun selepas itu, Red Bulls Salzburg telah mengalami penstrukturan semula.

Hingga menyebabkan Red Bull kehilangan cengkaman utama ke atas saham Red Bulls Salzburg dan kini Red Bull lebih bertindak sebagai penaja utama kelab.

Selain itu RB Salzburg telah membuat keputusan untuk menggunakan nama FC Salzburg dalam saingan Eropah dan sedikit perubahan dilakukan pada logo mereka.

Pada tahun 2017, UEFA telah menyatakan bahawa kelab-kelab tidak boleh mempunyai hubung kait dengan satu identiti yang sama dalam saingan Eropah.

Kebetulan pula FC Red Bull Salzburg mempunyai hubung kait yang sama dengan sebuah lagi kelab milik Red Bull iaitu RB Leipzig.

Pelbagai spekulasi dan kontroversi berlaku. Akhirnya FC Salzburg dan RB Leipzig, kedua-duanya dibenarkan untuk menyertai Liga Juara-Juara Eropah pada masa depan.

Jadi ada potensi untuk derbi Red Bull.

New York Red Bull

New York Red Bulls ialah sebuah kelab dari liga MLS yang berasal dari New Jersey, Amerika Syarikat.

NY Red Bulls pada asalnya dikenali sebagai New York Metrostars atau New Jersey Metrostars dan mula beraksi pada tahun 1996.

Pada tahun 1998, kelab ini menggugurkan nama ‘tempat asal-usul’ mereka dan dikenali sebagai Metrostars.

Metrostars merupakan antara kelab pertama dari Amerika Syarikat yang menggemparkan dunia bola sepak Amerika Syarikat dengan membawa pemain terkenal ke sana.

Antara nama pemain terkenal yang bermain di sana ialah Roberto Donadoni dan juga Lothar Matthaus. Lothar Matthaus menyertai mereka pada tahun 2000.

Nama Metrostars lenyap apabila pada tahun 2006, Red Bull telah membeli kelab ini dan dijelmakan sebagai New York Red Bulls. Pada tahun 2010, Thierry Henry telah menyertai NY Red Bulls sebagai Marquee player.

RB Leipzig

Jangan kata anda tidak pernah dengar nama ini? Sepanjang tahun lalu, nama inilah antara yang paling panas. Kontroversi dan juga prestasi cemerlang mereka menjadikan kelab ini dikenali umum.

Dilabel kelab paling dibenci di Jerman mengatasi Bayern Munich.

Jadi, kesannya RB Leipzig merupakan kelab milik Red Bull yang paling popular pada hari ini. RB Leipzig ialah sebuah kelab yang beraksi di Bundesliga Jerman.

Kelab ini telah ditukarkan nama daripada SSV Markranstädt, sebuah kelab yang beraksi di level kelima liga bola sepak, kepada RB Leipzig setelah Red Bull membelinya pada tahun 2009.

Pertukaran nama dan pengambilan hak milik kelab oleh Red Bull telah menjadi suatu kebencian dalam kalangan sebilangan penyokong bola sepak liga Jerman kerana perubahan drastik yang dilakukan oleh Red Bull ke atas kelab bola sepak tradisional Jerman.

Mereka menganggap kelab bola sepak Jerman merupakan hak milik penyokong dan tradisinya bukannya hak milik sebuah syarikat pengusaha industri dari luar negara.

Pernah berlaku kejadian di mana pihak penyokong pasukan lawan enggan hadir ke stadium RB Leipzig kerana mereka berpendapat bahawa mereka tidak akan merelakan duit hasil tiket perlawanan yang dibeli oleh mereka bertukar menjadi keuntungan buat Red Bull.

Red Bulls Brasil

Red Bulls Brasil ialah sebuah kelab asall Brazil yang dibentuk pada tahun 2007. Kelab milik Red Bull ini bertanding dalam Campeonato Paulista yang juga merupakan level liga tertinggi di dalam liga negeri Sao Paolo.

Cubaan ke-5 Red Bull

Pada tahun 2016, terdapat cubaan daripada Red Bull untuk mendapatkan kelab kelimanya, dan liga yang disasarkan oleh mereka untuk meneruskan pengaeuh mereka ialah Liga Perdana inggeris.

Pada tahun tersebut, Red bull berusaha untuk menguasai West Ham United. Namun tawaran sebanyak £650 juta telah ditolak mentah-mentah oleh West Ham.

Dapatkah anda membayangkan jika Red bull mengambil alih West Ham dan menukarkan tradisinya?

Pastinya jika perkara tersebut berlaku, west Ham akan mengecewakan jutaan peminat Liga perdana Inggeris yang tidak ingin kehilangan salah sebuah kelab tradisional Inggeris.

Cuba anda bayangkan jika pada suatu hari nanti kelab kesayangan anda diambil alih oleh Red Bull dan ditukarkan nama,warna dan logonya dengan identiti Red Bull?

Pasti peristiwa tersebut akan menjadi mimpi ngeri buat anda semua.

Ringkasan Tranformasi Red Bull ke atas pasukan bola sepak:

1. SV Austria Salzburg (1993) kepada FC Red Bull Salzburg (2005)
2. NY Metrostars (1996) kepada NY Red Bulls (2006)
3. SSV Markranstädt (1990) kepada RB Leipzig (2009)
4. Red Bull Brasil (2007)

Artikel ini adalah hasil penulisan Hairi Mohd. Anda boleh ikuti laman facebook beliau untuk lebih banyak artikel bola sepak menarik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN