Memphis Depay & Quincy Promes Bakal Muncul Dengan Lagu Hip Hop!

Wow! Kami tak jangka perkara ini akan berlaku.

Sebelum ini, pemain Barcelona iaitu Neymar telah mencipta kejutan dengan menghasilkan lagu berunsurkan hip hop menerusi Neymusico.

Kini, 2 pemain kebangsaan Belanda iaitu Memphis Depay dan juga Quincy Promes pula ingin menyanyi pula!

Memphis yang kini beraksi untuk Olympique Lyonnais dan Promes untuk Spartak Moscow telah bergabung untuk menghasilkan lagu berentak hip hop baru-baru ini.

Ia akan disiarkan secara penuh ke seluruh dunia pada Jumaat ini.

Baru-baru ini, mereka telah mengeluarkan teaser lagu yang bakal mereka dendangkan di laman Instagram Memphis.

Sama seperti lagu-lagu tipikal hip hop, kereta-kereta mewah dan rantai emas menghiasi video tersebut.

Memphis dan Promes dikatakan mahu mengikut jejak langkah bekas pemain Liverpool dan Real Madrid iaitu Ryan Babel dan Royston Drenthe yang turut menceburi dunia nyanyian.

Mampukah lagu mereka akan menjadi lagu terhangat di corong-corong radio?

Dan apakah pendapat anda mengenai pemain bola sepak yang menceburi bidang nyanyian? Nyatakan di ruangan komen!

Sumber:

  1. FourFourTwo (2017): Memphis Depay & Quincy Promes Are Going To Release A Song; https://www.fourfourtwo.com/news/memphis-depay-and-quincy-promes-are-going-release-a-rap-song

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN