Cantona Beri Amaran Kepada Conte, Jangan Sesekali Mengurus Pasukan Pakai Ibu Jari

Eric Cantona ternyata kecewa dengan cara Conte melayan Diego Costa. Pemain antarabangsa Sepanyol menjadi pemain penting dalam mengembalikan semula kejuaraan EPL ke Stamford Bridge.

Apa yang Cantona kurang berkenan adalah cara Antonio Conte memberitahu Costa bahawa pemain itu tiada dalam perancangan pasukan beliau pada musim hadapan.

Diego Costa memberitahu yang Antonio Conte menggunakan teks pesanan ringkas kepada beliau. Eric Contona berkata:

“Mesej dalam keadaan emosi bukan sesuatu yang bagus. Dan membuang pemain dengan menggunakan mesej, adalah perkara yang lebih teruk.”

“Conte memberitahu Costa:’Semoga berjaya, anda tiada dalam perancangan saya musim hadapan’.”

“Setiap patah perkataan yang ditaip oleh Conte kepada Costa sebenarnya membuatkan Chelsea kehilangan berjuta-juta Euro daripada nilai sebenar Diego Costa.”

“Janganlah menguruskan pasukan hanya dengan ibu jari.”

Diego Costa kini sudah menjaringkan 59 gol daripada 120 penampilan bersama The Blues.

(Photo by Clive Rose/Getty Images)

Beliau mendedahkan sebelum ini yang beliau tidak mahu ke China walaupun ada tawaran dari sana.

Ini kerana Costa merasakan tindakan itu akan meletakkan masa depan beliau bersama skuad Piala Dunia Sepanyol untuk tahun hadapan terancam.

Costa masih berharap beliau dapat kembali semula ke Atletico Madrid. Ia bukan mudah kerana Atletico kini sedang digantung 6 bulan daripada perpindahan masuk pemain.

Jika beliau menyertai kelab tersebut, beliau hanya boleh didaftkarkan pada Januari 2018, sama seperti mana yang berlaku ketika Barcelona mendaftarkan Arda Turan sebelum ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN