November ini, peminat Liverpool dan Arsenal di Singapura berkesempatan untuk menyaksikan lagenda kedua-dua pasukan beraksi.
Kami pasti peminat dari Malaysia, Indonesia dan Thailand juga akan berhajat ke sana untuk menyaksikan perlawanan EPL Masters.
Antara nama-nama lagenda yang menyertai perlawanan ini adalah John Arne Riise dan Robert Pires.
Siapa akan lupa figura ikonik ini. Riise terkenal dengan rembatan deras beliau.
Manakala Robert Pires antara pemain yang paling sensasi dalam sejarah EPL terutama sekali ketika membantu Arsenal mengecapi era invincible.
Seorang lagi bekas bintang Arsenal, Mikael Silvestre menyatakan beliau sudah tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan peminat Arsenal di Singapura.
“Kami berasa teruja untuk terlibat dalam satu lagi perlawanan Masters.”
“Liverpool dan Arsenal adalah 2 kelab yang memiliki jumlah peminat yang ramai di Singapura.”
Buat masa ini beberapa nama sudah disenaraikan. Namun harus diingat, nama-nama ini belum sah menyertai kerana mereka mungkin terpaksa menarik diri kerana perkara yang tidak dapat dielakkan.
Untuk Liverpool, setakat ini mereka menyenaraikan David James, Steve McManaman, John Arne Riise dan Luis Garcia.
Untuk skuad The Gunners, mereka buat masa ini menyenaraikan, Ray Parlour, Robert Pires, Nigel Winterburn, Gilberto Silva dan Mikael Silvestre.
Sebagai rekod, Liverpool telah memenangi 2 Masters sebelum ini. Mereka menewaskan Singapura pada 2014. Pada 2015, The Reds Masters menewaskan Manchester United Masters.
Sumber
Goal – Arsenal and Liverpool legends in Singapore