Selepas Ditimpa Penyakit Misteri, Gotze Dijangka Kembali Semula Musim Hadapan!

Pemain Borrusia Dortmund iaitu Mario Gotze dijangka akan kembali ke dalam skuad utama pada musim hadapan.

Pertengahan musim lalu, Gotze disisihkan dari skuad utama Borrusia Dortmund selepas beliau mengalami masalah kesihatan iaitu gangguan pada metabolisme beliau.

Ketika masalah itu dikesan oleh kumpulan doktor Borrusia Dortmund, pihak kelab sendiri tidak pasti berapa lamakah masa diambil untuk Gotze pulih.

Namun selepas 5 bulan, pemain tersebut dijangka akan kembali ke latihan pra-musim skuad tersebut pada musim baharu yang bakal menjelang tiba.

Menurut laporan di Jerman, Gotze dikatakan hadir pada majlis perkahwinan penjaga gol Bayern Munich iaitu Manuel Neuer di Itali.

Ketika di majlis tersebut, Gotze kelihatan sihat tanpa menunjukkan sebarang rasa sakit.

Jurulatih Jerman, Joachim Leow turut gembira melihat perkembangan positif Gotze.

“Beliau dalam keadaan yang cukup baik dan beliau sangat gembira.”

“Beliau telah memalui proses terapi dan ia berjaya dilalui dengan baik sekali.”

Gotze cuma berjaya melakukan 16 penampilan bersama Borrusia Dortmund pada musim lalu selepas kembali ke kelab itu untuk kali kedua.

Penampilan terakhir beliau adalah pada Januari lalu menentang Mainz.

Sumber:

  1. The Sun (2017): Mario Gotze Expected To Return Full Trainin Ahead of New Season Following ‘Metabolic Disturbances’; https://www.thesun.co.uk/sport/football/3797835/mario-gotze-return-borussia-dortmund-pre-season/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN