Zinedine Zidane Dicanang Sebagai Bakal Jurulatih Skuad Kebangsaan Perancis Satu Hari Nanti

Presiden Persekutan Bola Sepak Perancis (FFF) Noel Le Graet menjangkakan Zinedine Zidane akan menjadi jurulatih pasukan kebangsaan Perancis satu hari nanti.

Jangkaan itu dibuat berdasarkan logik dan perkembangan karier lagenda dan pemenang Piala Dunia 1998 tersebut.

Sejak menceburkan diri ke dalam bola sepak, Zinedine Zidane telah menjadi seorang pemain yang hebat dan kini seorang pengurus dan jurulatih yang dianggap elit di negaranya.

Buat masa ini Zidane kelihatan selesa untuk terus kekal di Santiago Bernabeu.

Bekas kapten Perancis yang mengetuai pasukannya menjulang Piala Dunia 1998 di halaman sendiri tampil sebanyak 108 kali di pentas antarabangsa bersama negaranya.

Zinedine Zidane dan Perancis juga adalah juara Euro edisi 2000 di Belgium dan Belanda.

(Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

“Ini adalah perkiraan yang logik mengambil kira perkembangan kariernya,” ujar Le Graet kepada stesen radio RMC di Perancis.

“Sudah pasti dia berminat untuk menjadi pengendali pasukan kebangsaan negaranya satu hari nanti.”

Le Graet turut menambah: “Buat masa ini saya berpendapat Zidane masih punyai banyak sumbangan untuk Real Madrid. Kelab berkenaan sangat bersesuaian dengan beliau.”

“Sehinga kini saya seperti tidak boleh mempercayai pencapaian luar biasa yang dicapai oleh Zidane bersama Real Madrid.”

“Saya masih ingat ketika berbual dengannya 2-3 tahun yang lalu. Saya mencadangkan agar dia kembali ke  Ligue 1 untuk membimbing kelab seperti Bordeaux atau mana-mana kelab lain untuk memulakan karier kejurulatihannya.”

Zinedine Zidane mulai mengendalikan Real Madrid pada awal musim 2016-2017, mengambil alih jawatan berkenaan daripada Carlo Ancelotti yang berpindah ke Bayern Munich.

Zinedine ZIDANE – Euro 2000 – 02 07 2000 – France / Italie – finale – Rotterdam action largeur controle course

Sebelum itu, Zidane diberi kepercayaan untuk mengendalikan Real Madrid Castilla-pasukan simpanan Real Madrid yang dijadikan platform mengetengahkan bakat muda buat Los Blancos.

Pencapaian Zinedine Zidane pada musim pertama bersama Real Madrid amat menakjubkan.

Bersama Real Madrid, Zidane berjaya membawa kelab berkenaan membolot empat trofi pada musim pertama beliau sebagai pengendali.

Selain daripada kejuaraan La Liga, Real Madrid turut muncul sebagai juara FIFA Club World Cup, UEFA Super Cup di awal musim dan juga UEFA Champions League (UCL) pada bulan lalu.

Kami pasti beliau punyai potensi dan karisma yang diperlukan untuk menjadi pengendali skuad kebangsaan Perancis.

Sumber: 

Sacha Pisani, Goal.com (2017), http://www.goal.com/en-my/news/3889/main/2017/06/15/36377202/fff-president-calls-zidane-coaching-france-a-logical?ICID=HP_BN_1

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN