DBKL Teruskan Projek Kondo Atas Padang Bola, Tak Hirau Rayuan Penduduk Bandar Tun Razak

Bagaikan mencurah air ke daun keladi.

Mungkin itulah perumpamaan tepat untuk menggambarkan perjuangan, rayuan dan rintihan penduduk Bandar Tun Razak kepada DBKL supaya tidak meneruskan projek membina kondominium di atas tanah padang bola sepak mereka.

Free Malaysia Today kelmarin melaporkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal membenarkan pemaju untuk membina projek perumahan mampu milik di plot tanah di Jalan Jujur, Bandar Tun Razak.

Projek perumahan tersebut yang dinamakan Razakmas Residency bakal dibangunkan oleh syarikat pemaju tempatan, Aset Kayamas Sdn. Bhd. Razakmas Residency menawarkan kondominium 41 tingkat yang berharga RM198,000 setiap unit.

Kami difahamkan unit perumahan tersebut bakal dibangunkan sebagai rumah gantian bagi penduduk Flat Sri Labuan dan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP).

DBKL dilaporkan telah memperolehi tanah seluas 2.1 hektar tersebut sebelum menjualnya kepada Aset Kayamas Sdn. Bhd.

DBKL jual tanah gazet

Penduduk Bandar Tun Razak yang telah menggunakan padang tersebut sejak 40 tahun lepas ternyata kecewa dengan keputusan DBKL yang tidak menghiraukan rayuan mereka.

Dalam taklimat pembangunan antara DBKL dengan wakil penduduk Bandar Tun Razak pada 8 Jun 2017 lepas, Pengarah Perancangan Ekonomi dan Pembangunan DBKL Azmi Abdul Hamid memberitahu proses pembinaan projek perumahan tersebut akan diteruskan.

DBKL turut memberitahu mereka ‘tidak akan berpatah balik’ dengan keputusan tersebut dan langsung tidak menjawab soalan penduduk Bandar Tun Razak.

Berang dengan DBKL, penduduk Bandar Tun Razak kemudiannya menghantar laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan wujudnya ‘salah laku’ dalam proses penjualan tanah tersebut kepada pemaju.

Peguam kepada wakil penduduk Bandar Tun Razak, Zulhazmi Shariff memberitahu media bahawa kemungkinan salah laku ada berlaku memandangkan padang bola sepak tersebut dijual kepada pemaju ketika masih berada dalam status tanah rizab.

Padang baru lebih kecil dan lebih mahal

DBKL ada menyediakan padang gantian (gambar bawah) untuk penduduk Bandar Tun Razak.

Bagaimanapun, padang tersebut jauh lebih kecil daripada padang asal. Manakala harga sewanya juga 10 kali lebih mahal berbanding kadar sewa sedia ada.

Sebelum ini penduduk Bandar Tun Razak hanya perlu membayar RM80 untuk menyewa padang di Jalan Jujur. Sekarang mereka perlu membayar sewa antara RM500-800, bergantung kepada masa penggunaan.

Caj sewa yang mahal ini menyebabkan penduduk Bandar Tun Razak tidak mampu untuk menggunakan padang baru tersebut.

Padang baru tersebut dibuka pada 24 Mei 2016 oleh Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sumber:

1. Nur Khairah Alegria Suner, Free Malaysia Today (2017), Condo project on playing field will go on, says DBKL; http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/06/08/condo-project-on-playing-field-will-go-on-says-dbkl/

2. Nur Khairah Alegria Suner , Free Malaysia Today (2017), Residents fight DBKL to keep beloved football field; http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/06/13/residents-fight-dbkl-to-keep-beloved-football-field/

Sumber gambar: Free Malaysia Today, Osamah Ibn Syarifuddin El-asyi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN