Selepas Semusim, Southampton Berpisah Dengan Pengurus Mereka Claude Puel

Akhirnya selepas semusim, Southampton pecat pengurus mereka yang berasal dari Perancis iaitu Claude Puel.

Beliau yang hadir bagi menggantikan Ronald Koeman yang pergi meninggalkan mereka untuk menyertai Everton ditamatkan kontrak oleh kelab di selatan England itu.

Menurut laman sesawang Southampton, penamatan kontrak itu dibuat oleh kelab tersebut secara serta-merta.

“Kami di Southampton boleh sahkan penamatan kontrak bagi pengurus Claude Puel dengan kadar serta merta.”

Southampton juga dikatakan sedang mencari pengganti bagi beliau.

Namun begitu, setakat ini masih lagi tiada cakap-cakap mengenai siapakah yang akan menggantikan beliau di St. Mary Stadium.

Pemergian beliau akan membawa sekali memori indah kelab tersebut ketika era beliau sebagai pengurus yang membawa kelab tersebut ke perlawanan akhir EFL Cup di Wembley.

Mereka tewas 3-2 ditangan Manchester United di perlawanan akhir.

“Perkara terbaik yang berlaku pada musim ini pastinya adalah ketika hari yang penuh memori di Wembley ketika perlawanan akhir EFL Cup.”

“Ia merupakan hari yang setiap peminat Southampton akan kenang buat selama-lamanya.”

“Kami ucapkan selamat maju jaya buat Puel untuk masa hadapan.”

Sumber: 

  1. Southamptonfc.com (2017), Club Statement: Claude Puel; https://southamptonfc.com/news/2017-06-14/club-statement-claude-puel-southampton

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN