Sven Goran Eriksson telah dipecat dengan cara yang kita tidak boleh bayangkan. Kita sering mendengar bagaimana seseorang pengurus atau jurulatih sesebuah pasukan bola sepak dipecat, namun tidak pernah dengan cara ini.
Ada yang dimaklumkan secara SMS, Whats App dan sebagainya.Tidak kurang juga yang hanya mendapat maklum perihal pemecatan melalui media dan juga pesanan dari wakil kelab.
Namun sebuah kelab di China menggunakan kaedah yang sangat unik untuk memberitahu berakhirnya tempoh jurulatih tersebut bersama mereka.
Kelab Divisyen 2 di Liga China, Shenzhen Kaisa Football menerbitkan sebuah sajak ke laman sesawang rasmi kelab berkenaan untuk menyambut kedatangan ketua jurulatih baharu pasukan tersebut.
Penerbitan sajak mengalukan kedatangan Wang Baoshan sebagai ketua jurulatih menandakan berakhirnya tempoh Sven-Goran Eriksson di China.
Ironinya, Wang Baoshan adalah ketua jurulatih pasukan Liga China tersebut sebelum kedatangan Eriksson satu masa dahulu.
Eriksson adalah bekas pengurus England dan juga Manchester City. Beliau juga pernah membimbing Lazio dalam saingan Serie A sebelum ini.
Misi perlantikkan Eriksson adalah untuk memastikan kelab berkenaan layak ke saingan Liga Super China setelah mengambil peranan ketua jurulatih daripada Clarence Seedorf Disember lalu.
Bagaimanapun Eriksson gagal membangkitkan saingan untuk pasukannya layak ke liga utama di China itu dan hanya memenangi 5 daripada 13 perlawanan liga.
Pasukan tersebut kini menduduki tangga ke-4 League One selepas hanya mencatat dua keputusan seri dan ditewaskan 7 kali dalam 9 perlawanan terakhir.
Keputusan buruk berkenaan mengesahkan pemecatan Eriksson yang disahkan selepas penerbitan sajak berkenaan.
Mari kita nikmati sajak yang digunakan oleh Shenzhen untuk mengalukan kedatangan jurulatih baharu mereka yang turut menandakan pemecatan Sven-Goran Eriksson:
Sebelas tahun sebelum ini, dikau mengetuai pasukan Shenzhen
dan tidak pernah mengecewakan kami
9 tahun sebelum ini, dikau mengambil tanggungjawab
dan menyelamatkan bola sepak Shenzhen
Memori tika kita berjuang bersama bergandingan tidak pernah pudar
dan sekarang kami menyeru kembali lagenda itu
Demi Shenzhen, kami bersatu, mengorak satu lagi langkah perjalanan bersama-sama
Buat Jurulatih Wang, Selamat kembali!
Sumber:
theguardian (2017), There was a former coach called Sven…Eriksson sacked in China via poem; https://www.theguardian.com/football/2017/jun/14/sven-goran-eriksson-sacked-china-poem-shenzhen