Analisis Taktikal: Lubnan Tukar Serangan Intensif Dari Kanan, Malaysia Keletihan

Tugasan pertama Nelo Vingada bersama skuad Malaysia semalam berakhir dengan kekalahan 1-2 dalam perlawanan kelayakan Piala Asia.

Permulaan

Malaysia turun dengan pendekatan formasi 4-2-3-1 dengan menjadikan Baddrol Bakhtiar dan Amirul Hadi sebgai pivot. Safiq Rahim dijadikan no.10 menyokong Hazwan Bakri. Mahali Jasuli bermain di sisi kanan sebagai pemain sayap defensif.

Lubnan turun dengan sistem 4-3-3. Hassan Matouk menjadi tumpuan dengan peranan beliau sebagai pemain sayap kiri pasukan.

Fasa 20 minit

Malaysia bermula dengan baik di dalam perlawanan ini. Mereka berjaya bertahan dengan unit yang kompak secepat mungkin.

Malaysia membuatkan Lubnan gagal mendapatkan rentak permainan mereka hampir keseluruhan separuh masa pertama. Pemain-pemain Lubnan sukar untuk memecah masuk ke garisan pertahanan pasukan Malaysia.

Jika anda masih ingat perkara ini digariskan Vingada dalam perancangan taktikal beliau.

Struktur yang kerap membuatkan Lubnan berpatah balik untuk memulakan binaan serangan.

Serangan balas Malaysia berasaskan Syazwan Zainon

Ketika fasa serangan balas, Malaysia akan cuba menggunakan kepantasan yang ada pada Syazwan Zainon di sebelah kiri.
Sistem counter target ini membuatkan Syazwan Zainon diarahkan untuk berada di kawasan tinggi.

Ini adalah penjelasan ringkas bagaimana kedudukan dominan pemain-pemain Malaysia dan corak hantaran mereka di dalam padang dalam sistem ini. Anda akan melihat Mahali Jasuli lebih defensif. Idea awal ini untuk mengekang Matouk di sebelah kiri.

Baddrol Bakhtiar menjadi pemain yang kerap menukar arah bola dengan segera apabila pemain sayap tersebut dilihat ada ruang. Sistem ini menjadi asas kepada gol pertama Malaysia.

Amirul Hadi merampas bola di tengah, Malaysia terus mencari Syazwan Zainon. Syazwan kemudian menghantar bola yang mencetuskan kemungkinan. 1 kesilapan penjaga gol dan Mahali progresif untuk terus berlari.

Di sini kita boleh mempelajari sesuatu. Jangan takut untuk mencipta peluang, ia kadangkala boleh mencetuskan kemungkinan dari situasi yang tidak pasti.

Seterusnya adalah, sikap Mahali yang terus berlari adalah satu sikap yang harus diberikan pujian.

Banyak yang perlu diperbaiki Syazwan Zainon yang agak gugup pada beberapa ketika. Teknik rembatan yang lemah menyebabkan Syazwan Zainon gagal menyudahkan peluang terhidang.

Lubnan memanipulasi ruang sebelah kiri Malaysia

Sistem Malaysia yang menggunakan counter target dengan Syazwan Zainon mebuatkan sentiasa ada ruang lebih besar di antara Syazwan dan Nazirul.

Lubnan mulai membuat pertukaran taktikal di mana mereka kini menyerang menggunakan platform sebelah kanan. Kesannya amat positif di mana meeka berterusan mencipta peluang.

Mereka meningkatkan intensiti dan lebih kualiti dengan bola. Mereka juga mengurangkan kesilapan seperti kehilangan bola dan lebih sabar untuk memecahkan blok rendah pasukan Malaysia.

Pada minit ke-72, mereka menambahkan penyerang Abou Bakr El Mel untuk menggantikan pemain bek tengah mereka. Lubnan cuba bermain 3-3-4 dan 4-2-4 untuk memastikan lebih ramai pemain di garisan akhir pasukan Malaysia.

Gol pertama Lubnan adalah kerana teknik yang menarik daripada pemain Lubnan, Rabih Ataya yang kemudian melencongkan bola ke far post.

Gol kedua Lubnan adalah kerana kegagalan Amri memintas bola di kawasan berdekatan byline. Attaya sekali lagi menjadi penjaring gol.

Malaysia jelas bergelut dengan masalah kecergasan untuk mengekang pemain Lubnan yang semakin intensif dan bertenaga. Pemaiin-pemain Malaysia gagal bertahan dalam struktur yang stabil.

Isu yang harus diperbaiki Malaysia

Ada beberapa aspek penting iaitu disiplin dan juga kecergasan. Pemain-pemain Malaysia jelas gagal untuk mengekalkan kecergasan. Inilah yang membuatkan Lebanon bangkit daripada perlawanan ini.

Lebanon meningkatkan intensiti mereka pada separuh masa kedua. Terlalu ramai pemain keletihan dan kaki lenguh (tired leg) di dalam padang selepas minit ke-60.

Seterusnya adalah disiplin. Malaysia gagal mengekalkan disiplin ketika bertahan seperti mana yang mereka lakukan pada fasa awal perlawanan.

Terlalu banyak bentesan lemah dan faul taktikal. Faul Taktikal ini tidak seharusnya berlaku terlalu kerap jika ada sistem pressing yang baik.

Isu ketiga adalah pivot. Malaysia pada asasnya beraksi dalam sistem 4-2-3-1, namun pivot Malaysia tidak berada dalam struktur yang baik.

Kerapkali 2 pivot Malaysia berada dalam struktur mengecilkan ruang di tengah pada fasa di mana mereka harus melebarkan struktur tersebut.

Seterusnya adalah kemampuan bertahan dalam satu pasukan untuk 90 minit. Itu amat mustahak.

Dari segi takikal, agak sukar untuk terlalu kritikal kepada Nelo Vingada kerana ini perlawanan pertama beliau. Diharap ia menjadi perlawanan yang boleh menjadi asas penting kepada perlawanan seterusnya.

Penilaian

Ia kemenangan yang adil untuk Lebanon. Malaysia masih terlalu banyak masalah teknikal. Isu membuat keputusan dan juga kedudukan posisi pemain apabila dengan bola ataupun tanpa bola.

Visi pemain terlalu terhad kepada 1 pilihan. Lihat contoh di bawah ini, bagaimana visi Hazwan Bakri menuju satu arah sahaja sedangkan ada sokongan di sektor tengah.

Berlari tanpa menyedari ada sokongan daripada pemain lain. Ia isu komunikasi dan kesedaran taktikal (tactical awareness). Dan akhirnya hilang bola.

Ini adalah contoh kedua.

Lebanon jelas pasukan yang lebih baik berbanding mereka pada separuh masa pertama. Mungkin aspek fokus di dalam perlawanan menjadi agenda mereka di bilik persalinan.

Attaya sempat menunjukkan kepada kepala tanda fokus mental ketika meraikan gol mereka. Pada separuh masa pertama pemain-pemain Lubnan terlalu banyak merengek dengan keputusan pengadil. Ia tidak membantu mereka.

Seterusnya, penjaga gol Lubnan turut melakukan 2 kesilapan yang ‘membunuh diri’. Salah satu daripadanya menghadiahkan gol kepada Malaysia.

Satu lagi beza yang jelas adalah, pemain simpanan Lubnan memberikan kekuatan tambahan kepada taktikal dan pasukan.

Manakala, agak ironi untuk Malaysia ia kurang memberikan kesan dan perbezaan jelas.

Pemain terbaik

Rabih Attaya (Lubnan)

11 minit terakhir menjaringkan 2 gol. Mengubah nasib pasukan daripada kalah kepada seri dan kemudian menang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN