Walaupun Tewas, Namun Vingada Puas Hati Aksi Pasukan Kebangsaan

Jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada jelas berpuas hati dengan prestasi skuad kebangsaan walaupun pasukan negara tewas 2-1 ketika perlawanan menentang Lubnan.

Pasukan negara tumbang minit akhir apabila bolos pada penghujung permainan walaupun mendahului di separuh masa pertama hasil jaringan Mahallli Jasuli.

Menurut MStar, Vingada tidak menyalahkan para pemain sebaliknya menerima keputusan kekalahan ini dengan hati terbuka.

“Sudah semestinya saya kecewa dengan keputusan perlawanan. Namun saya berbangga dengan aksi pasukan yang tidak berhenti berusaha.”

“Kami perlu mencari formula terbaik menjelang perlawanan menentang Hong Kong. Harus diingat, kekalahan juga menimpa pasukan seperti pasukan Real Madrid.”

Photo by Kamarul Akhir / www.asiana.my

Vingada juga memberitahu persiapan yang cukup singkat juga menjadi punca pasukan negara tidak berjaya mendapatkan keserasian yang terbaik.

“Pada minggu pertama latihan, kami cuma ada 16 pemain sahaja kerana yang lain terlibat dengan komitmen kelab.”

“Kerana itu kami tidak dapat lakukan perlawanan persahabatan.”

Vingada juga mengakui para pemain keletihan pada 15 minit terakhir permainan.

“Pada separuh masa pertama, para pemain guna segala ruang yang ada dengan baik.”

“Namun pada minit-minit terakhir, pemain saya mula keletihan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN