Masa untuk bereksperimen!
Perlawanan Singapura VS Argentina di National Stadium dekat Kallang bakal menyaksikan jurualatih mereka iaitu Jorge Sampaoli akan menggunakan formasi yang luar dari kebiasaan.
Beliau akan menggunakan formasi yang disifatkan cukup menyerang iaitu formasi 2-3-4-1.
Menurut laman Metro, jurulatih Argentina itu mahu mencuba formasi itu dengan usaha cuba mewujudkan taktikal bertahan dari suasana menyerang.
“Pertahan pasukan saya akan hadir dari kesemua 10 pemain yang berada di atas padang.”
“Kami mencari taktikal bertahan dari pemulihan segera bola.”
Dikhabarkan, Sampaoli telah mengeluarkan kesebelasan pemain beliau untuk meentang Singapura dengan hanya meletakkan Federico Fazio dan juga Emmanuel Mammana sebagai pemain pertahanan.
Sementara bahagian serangan diterajui oleh para pemain seperti Angel Di Maria, Paolo Dybala dan juga Manuel Lanzini.
“Dalam konteks ini, kami akan menyerang dengan amat agresif.”
Pulangkan duit kami!
Namun begitu, telah timbul suasana tidak senang buat para peminat di Singapura yang mahu menyaksikan aksi pasukan juara Piala Dunia 2 kali itu.
Hal ini kerana para pemain seperti Lionel Messi, Gonzalo Higuain dan juga Javier Mascherano tidak akan beraksi pada perlawanan ini.
Perkara ini telah menimbulkan suasana tidak senang kerana ketika pengumuman perlawanan ini dilakukan satu ketika dahulu, Messi dikatakan akan beraksi untuk perlawanan ini.
Ada peminat Singapura yang meminta agar duit mereka dipulangkan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Perlawanan Singapura-Argentina diadakan sempena sambutan 125 tahun FA Singapura.
Ia akan dilangsungkan pada jam 8 malam waktu Malaysia.