EA Sports Umum 4 Lagi ‘Icon’ Baharu FIFA 18, Maradona & Pele Turut Tersenarai

Salah satu perkara menarik mengenai siri permainan FIFA adalah mengenai mod FIFA Ultimate Team (FUT).

Sejak bertahun, siri FUT telah hadir dengan barisan pemain dari era terdahulu yang dikenali sebagai Legends.

Namun begitu, para pemain yang dikenali sebagai Legends itu hanya boleh dimain bagi para pemain FIFA di peranti Xbox sahaja.

Bagi memenagi hati para pemain di Playstation, EA Sports memperkenalkan siri Icon untuk permainan FIFA 18.

Ia sama seperti Legends di Xbox cuma di Playstation ia dikenali sebagai Icon.

Baru-baru ini, mereka telah memilih Ronaldo El Fenomeno sebagai Icon pertama bagi FIFA 18.

Namun kini, bekas pemain Real Madrid itu telah disertai dengan 4 lagi pemain lain yang bertaraf lagenda untuk menyertai barisan Legends FIFA 18.

Mereka adalah ikon bola sepak Argentina iaitu Diego Maradona, King of Highbury iaitu Theirry Henry dan juga pemain teragung bola sepak Brazil iaitu Pele.

Pemain terakhir yang melengkapkan senarai Icons FIFA 18 adalah penjaga gol lagenda Rusia iaitu Lev Yashin.

Untuk pengetahuan anda, Anugerah Yashin FIFA yang diberikan kepada penjaga gol terbaik ketika saingan Piala Dunia adalah bersempena nama penjaga gol tersebut.

Apa yang menarik, gaya Yashin yang gemar bertopi ketika bermain turut dihidupkan semula dalam FIFA 18!

Pasti anda yang bermain FIFA di Playstation tak sabar nak main menggunakan kumpulan Icon ini bukan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN