Revolusi AC Milan semakin menjadi-jadi!
Kali ini, pembelian terbaharu mereka adalah pemain Porto iaitu Andre Silva.
Dibeli dengan harga €38 juta, penyerang tersebut telah diikat dengan kontrak jangka panjang iaitu 5 tahun.
Menurut ESPN, pemain berusia 21 tahun itu sudah pun melengkapkan perpindahan dan telah selesai menjalani ujian perubatan di Milan.
Menurut pihak kelab, riak wajah Silva ketika tiba di AC Milan cukup gembira dan menggambarkan beliau sudah bersedia untuk bermain di AC Milan.
“Dari mata Silva, kami boleh katakan yang beliau cukup gembira dapat sarung jersi kami.”
Silva juga secara terang-terangan mengaku gembira menyertai juara Eropah 7 kali itu dan tak sabar nak bantu kelab itu mencapai cita-cita mereka.
“Saya sangat gembira dapat sertai kelab yang cukup hebat dan juga megah dari segi sejarahnya.”
“Saya boleh jamin saya akan beri segalanya untuk bantu kelab ini mencapai cita-citanya.”
#ACMilan announces to have signed @andrevsilva19, who has signed a contract until 30 June 2022#welcomeSilva pic.twitter.com/sfLN3EWtVx
— AC Milan (@acmilan) June 12, 2017
Pembelian Andre Silva ini dijangka bakal memberikan hasil yang baik buat AC Milan. Hal ini kerana, beliau menunjukkan rekod jaringan yang baik terutamanya ketika bersama pasukan Portugal.
Untuk peringkat senior, Silva setakat ini cuma berjaya melakukan 8 penampilan sahaja namun sudah menjaringkan 7 gol! Cukup baik bukan?
Berikut rekod jaringan beliau bersama Portugal di peringkat umur hasil data dari Squawka:
- Portugal B-19: 16 gol (24 penampilan)
- Portugal B-20: 8 gol (10 penampilan)
- Portugal B-21: 4 gol (3 penampilan)
- Portugal: 7 gol (8 penampilan)