5 Perkara Tumpuan Sempena Perlawanan Malaysia vs Lebanon

Malaysia beraksi dalam perlawanan anatarabangsa setelah lebih 3 bulan. Kali terakhir skuad harimau Malaya bermain di peringkat antarabangsa adalah pada Mac 2017.

1. Debut Nelo Vingada

Ini adalah tugasan kompetitif pertama Nelo Vingada. Ia bukanlah tugasan mudah kerana beliau sebelum ini tidak melalui sebarang perlawanan persabahatan.

Malaysia akan beraksi menentang Lebanon dalam perlawanan kelayakan Piala Asia.

Vingada sudah pastinya perlukan sedikit eksperimen di dalam perlawanan ini dengan dibantu oleh Tan Cheng Hoe.

2. Prestasi semasa

Malaysia masih mencari kemenangan pertama setelah 4 perlawanan. Manakala pasukan Lebanon masih belum tewas dalam 8 perlawanan antarabangsa mereka. Lebanon menang 2-0 ke atas Hong Kong dalam perlawanan terakhir mereka.

Secara kasarnya kedua-dua pasukan masih mencari-cari rentak kemenangan secara konsisten. Lebanon hanya menang 1 perlawanan 5 perlawanan terakhir mereka. 4 lagi adalah seri.

3. Taktikal

Lebanon dikenali dengan bola sepak menyerang apabila berhadapan dengan pasukan yang mereka anggap boleh menang.

Jadi, tidak hairan untuk melihat mereka akan menjadi pasukan yang lebih ofensif di dalam perlawanan ini.

Ketiadaan Ghaddar bukanlah masalah utama Lebanon kerana mereka memiliki ramai bakat lagi yang mampu mengisi posisi tersebut.

Manakala untuk Malaysia, Nelo Vingada akan mempersembahkan hasil perancangan taktikal beliau buat pertama kali.

Dalam sidang media sebelum ini, Vingada menegaskan isu kompak dalam bertahan dan cuba untuk mencipta serangan balas yang berkesan.

Kami sukar untuk bercerita tentang taktikal Harimau Malaya secara previu. Sama-sama kita nantikan formasi dan corak permainan dalam perlawanan pertama ini.

4. Peranan Baddrol Bakhtiar

Perubahan di dalam sistem permaian mungkin akan mempengaruhi peranan pemain ini dalam skuad pada kali ini.

Adakah beliau akan beraksi sebagai pemain tengah menyerang kanan (AMR)? Seperti mana posisi beliau di dalam pasukan Kedah.

5. Kepulangan semula Safiq Rahim

Safiq Rahim kembali semula ke skuad kebangsaan. Beliau dikembalikan semula liltan kapten.

Safiq menjadi pemain penting dalam skuad JDT dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Sudah pastinya Safiq Rahim akan cuba membuktikan bahawa dirinya masih relevan untuk terus menjadi kapten dan jeneral di tengah untuk pasukan Harimau Malaya.

Sebelum wisel

Ia tugasan yang agak mencabar untuk Nelo Vingada. Selain daripada debut beliau, ini juga perlawanan ‘debut TMJ’ sebagai Presiden FAM.

Kami di semuanyaBOLA mengucapkan selamat maju jaya kepada skuad Malaysia. Ayuh Harimau Malaya!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN