Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia diantara Australia dan juga Arab Saudi menjadi tumpuan dunia baru-baru ini.
Ia bukanlah kerana keputusan perlawanan itu yang memihak Australia dengan 3-2, tetapi adalah kerana tindakan para pemain Arab Saudi sebelum perlawanan.
Sebelum perlawanan berlangsung, para pemain Australia berkumpul di bulatan tengah padang untuk bertafakur selama seminit untuk memperingati mangsa serangan London Bridge dan juga Borough Market baru-baru ini.
Namun apa yang pemain Arab Saudi buat ketika itu? Mereka tidak endahkan perkara itu dan terus memanaskan badan mereka seperti biasa!
Menurut laman MStar, tindakan itu nyata mengundang kecaman meluas dari pelbagai pihak.
Namun begitu, pihak FA Arab Saudi (SAFF) telah mengeluarkan permohonan maaf diatas insiden itu.
Mereka memohon maaf kerana mereka tidak berniat untuk tidak menghormati upacara itu seperti yang diwar-warkan oleh media.
Untuk pengetahuan, FA Australia telah diberitahu oleh pihak SAFF yang para pemain tidak akan mengambil bahagian dalam upacara tafakur itu kerana ia “bukannya amalan budaya masyarakat Arab”.
Tragedi serangan London Bridge dan juga Borough Market meragut 8 nyawa dengan 2 daripadanya adalah rakyat Australia.