Lewandowski Salahkan Rakan Sepasukan, Punca Beliau Terlepas Anugerah Kasut Emas Bundesliga

Robert Lewandowski memiliki musim yang cemerlang di Bundesliga selepas menjaringkan 30 gol untuk 2 musim berturut-turut.

Namun begitu, musim kedua ini sedikit kekecewaan menimpa beliau.

Hal ini kerana walaupun beliau menjaringkan 30 gol, masih ada yang menjaringkan gol lebih banyak berbanding beliau!

Rekod 30 gol Lewandowski dinafikan oleh rekod 31 gol Pierre-Emerick Aubameyang pada hari terakhir liga sekali gus membuatkan beliau tewas dalam perebutan anugerah kasut emas Bundesliga.

Ketika ditanya oleh ESPN mengenai perkara ini, beliau mengakui beliau bengang dengan rakan sepasukan beliau.

“Pada mulanya saya memang terluka, tetapi kini saya sudah pulih.”

“Mungkin ia kerana servis yang diberikan oleh rakan sepasukan saya ketika itu tidak begitu baik dalam membantu saya untuk dapatkan gol.”

“Sejurus selepas perlawanan saya sangat marah dengan apa yang berlaku. Saya kecewa dengan pasukan saya. Itulah perasaan saya ketika itu.”

Lewandowski dikecewakan pada hari terakhir Bundesliga dalam perebutan anugerah kasut emas apabila penyerang Borrusia Dortmund iaitu Aubameyang menjaringkan 2 gol ketika menentang Werder Bremen.

2 gol itu berjaya membantu Aubameyang memotong Lewandowski yang ketika itu sedang mendahului dengan kelebihan 1 gol.

Berikut adalah 5 penjaring terbanyak Bundesliga musim 2016/2017:

  • Pierre-Emerick Aubameyang (Borrusia Dortmund) 31 gol
  • Robert Lewandowski (Bayern Munich) 30 gol
  • Anthony Modeste (FC Koln) 25 gol
  • Timo Werner (RB Leipzig) 21 gol
  • Mario Gomez (Wolfsburg) 16 gol

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN