Penyerang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic akan dilepaskan oleh pihak kelab selepas juara Europa League itu tidak lagi berminat untuk menyambung kontrak pemain veteran itu.
Ibrahimovic menandatangani kontrak selama setahun dengan pilihan untuk beraksi untuk musim kedua oleh pihak kelab. Namun begitu, pihak kelab dijangka tidak berminat untuk menggunakan pilihan tersebut.
Menurut laporan BBC Sport, ia dikatakan kerana bekas penyerang antarabangsa Sweden itu mengalami kecederaan yang begitu teruk ketika perlawanan Europa League menentang Anderlacht punca tiada lagi pemberian kontrak baharu.
Walaupun beraksi selama semusim sahaja, namun prestasi yang ditunjukkan oleh Ibrahimovic cukup baik memandangkan beliau kini berusia 35 tahun.
Beliau beraksi sebanyak 46 penampilan musim ini dengan menjaringkan 28 gol. Salah satu gol tersebut adalah gol kemenangan ketika perlawanan akhir EFL Cup ketika menentang Southampton.
Senarai elit
Dengan tamatnya kontrak Ibrahimovic pada 30 Jun ini, beliau akan menyertai senarai elit pemain yang akan bergelar free agent.
John Terry bersama-sama kuartek Manchester City iaitu Bacary Sagna, Gael Clichy, Willy Callabero dan juga Jesus Navas akan menyertai penyerang Manchester United sebagai pemain-pemain yang dilepaskan oleh kelab.
Selain itu, Joey Barton akan mencari kelab baharu selepas dilepaskan Burnley.
Senarai penuh pemain yang dilepaskan oleh kelab Premier League akan diketahui hari ini.