AC Milan Akhirnya Lakukan Bidaan Rasmi Terhadap Penyerang Torino Andrea Belotti

AC Milan semakin serius dalam membaiki nasib mereka.

Seperti yang kita tahu, penyerang Andrea Belotti telah menjadi rebutan beberapa kelab di Eropah selepas beliau menunjukkan prestasi yang cukup hebat bersama Torino.

Beliau juga yang diketahui sebagai peminat AC Milan mendedahkan yang satu hari nanti beliau mahu beraksi untuk kelab itu.

Buat masa ini beliau cuma menanti sahaja waktunya, dan dijangka ia akan tiba!

AC Milan dikatakan telah melakukan bidaan rasmi terhadap Belotti kepada Torino, namun begitu bidaan pertama kelab tersebut telah ditolak oleh Torino.

Hal ini kerana bagi Torino bidaan yang ditawarkan terlalu rendah. Torino dalam pada itu mahukan sejumlah wang iaitu sebanyak €70 juta dengan pemain AC Milan sebagai tukaran.

Torino yang dipimpin oleh Sinisa Mihajlovic yang merupakan bekas pengurus AC Milan dikatakan mahukan bekas pemainnya semula seperti Juraj Kucka atau M’baye Niang.

AC Milan bagaimana pun mengalami persaingan untuk mendapatkan Belotti. Hal ini kerana, Manchester United turut mahukan khidmat pemain itu.

Akan tetapi, AC Milan mempunyai kelebihan ketika ini kerana AC Milan merupakan kelab kegemaran Belotti.

Selain itu, Belotti terikat dengan klausa pelepasan €100 juta untuk kelab dari luar Itali yang mahukan beliau. Jadi sudah semestinya Torino mahu memaksa Manchester United membawa pemain itu ke England.

Kedua-dua kelab itu juga berminat mahu dapatkan Alvaro Morata. Namun bagi AC Milan, sasaran realistik mereka adalah Belotti kerana Real Madrid meletakkan harga €90 juta untuk mendapatkan Morata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN