Jerman harus berterima kasih kepada Joshua Kimmich awal pagi tadi selepas sepakan guntingnya pada minit 88′ membolehkan pasukannya seri 1-1 dengan Denmark.
Dalam perlawanan tersebut, Joachim Low turut menguji barisan kesebelasan pemain yang baru, dengan 6 daripadanya melakukan debut.
Dengan pemain daripada kedua-dua pasukan baru kembali daripada cuti musim panas dan hanya menjalani satu sesi latihan, maka tak hairanlah tempo perlawanan menjadi rendah.
Sebelum gol penyamaan Kimmich, Denmark terlebih dahulu mendahului menerusi gol Christian Eriksen pada minit 18′.
Denmark: Ronnow, Stryger, Christensen (Zanka Jorgensen 45), Vestergaard, Durmisi (Sorensen 66), Delaney, Eriksen (Lerager 65), Kvist (Schone 45), Poulsen (Vibe 76), Jorgensen (Dolberg 76), Braithwaite
Simpanan: Hansen, Bjelland, Hjulsager, Sisto, Jensen
Penjaring: Eriksen 18
Jerman: Trapp, Sule, Rudiger, Ginter (Younes 66), Rudy (Can 59), Goretzka (Demirbay 77), Kimmich, Draxler, Hector (Plattenhardt 89), Stindl, Wagner (Brandt 67)
Simpanan: Leno, Mustafi, Henrichs, Demme, ter Stegen
Penjaring: Kimmich 88