Ronaldo ‘El Fenomeno’ Bakal Jadi Penghias Muka Depan FIFA 18 Icon Edition

Wow! Wow! dan wow!

Penyerang berbisa Brazil iaitu Ronaldo ‘El Fenomeno’ bakal menjadi penghias muka depan bagi edisi FIFA 18 akan datang!

Beliau bakal menjadi menjadi penghias muka hadapan bagi FIFA 18 Icon Edition.

Perkataan ‘icon’ adalah perkataan yang digunakan untuk peranti PS4 untuk siri pemain-pemain lagenda dalam FIFA18.

Sementara di Xbox One, perkataan ‘legend’ digunakan.

Untuk meraikan kedatangan mod Icon yang pertama kali di peranti PS4, pihak EA Sport memilih Ronaldo sebagai penghias muka depan untuk edisi Icon ini.

Untuk edisi Icon ini, para pemain akan memperoleh pelbagai ganjaran seperti kad Ronaldo secara pinjaman, pek pinjaman pemain Team of the Week, kad pinjaman Cristiano Ronaldo dan juga 8 jersi khas FIFA Ultimate Team.

Namun begitu, untuk mendapatkan semua itu anda perlu melakukan pra-tempah permainan ini.

Para pemain yang melakukan pra-tempah juga akan mendapat akses awal ke permainan FIFA 18 seawal 3 hari sebelum permainan dilancarkan.

Ronaldo sebelum ini membuat kemunculan di PES2017 sebagai salah seorang pemain dari siri lagenda pasukan Barcelona.

Dalam pek tersebut, pemain-pemain seperti Henrik Larsson, Carles Puyol dan Luis Enrique turut menyertai barisan pemain lagenda kelab Catalan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN