Permohonan Selangor FA Untuk Kembali Guna Stadium Shah Alam Ditolak

Ketika baharu sahaja dilantik menjadi presiden Selangor FA yang baharu, Datuk Seri Subahan Kamal ada memberi bayangan yang pasukan tersebut dalam perancangan untuk kembali semula ke Stadium Shah Alam.

Kini, perancangan itu sudah pun mendapat perkembangan baharunya.

Nampaknya, Selangor FA tidak akan beraksi di Shah Alam dalam masa terdekat.

Hasil laporan laman Goal, FAS telah dinyatakan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengenai permohonan mereka yang kini ditangguhkan oleh pihak berkuasa tersebut.

Stadium Shah Alam dibuka pada 1994 merupakan bekas gelanggang rasmi Selangor.

Pemohonan mereka kini ditangguhkan dan akan dibawa ke mesyuarat jawatankuasa ekskutif negeri yang akan datang.

Subahan nyata berharap yang Selangor FA akan dibenarkan untuk beraksi semula di Shah Alam selepas mereka dinafikan hak mengenai bajet pasukan dari kerajaan negeri.

Selain itu, mereka juga dihalang dari beraksi di Stadium Shah Alam dan berlatih di Padang SUK.

“Sekurang-kurangnya jika tidak mahu kasi bantuan kewangan, benarkan kami kembali semula ke Stadium Shah Alam.”

Subahan juga yakin andai Selangor dibenarkan beraksi semula di Shah Alam, separuh daripada kapasiti stadium dapat diisi.

“Kami boleh dapatkan 5 hingga 6 ribu orang untuk kehadiran di Selayang. Dengan izin Allah, kami boleh dapatkan kehadiran yang lebih ramai jika beraksi semula di Shah Alam.”

“Jika kita tak dapat penuhkan Stadium Shah Alam, kami akan penuhkan separuh darinya.”

Stadium Shah Alam yang berkapasiti 80,372 tempat duduk kini digunakan sebagai laman rasmi PKNS FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN