Kerana Menang Champions League, Pemain Real Madrid Dapat Bonus RM11 Juta Seorang

Wang besar! Wang besar!

Para pemain Real Madrid telah menerima bonus kemenangan paling banyak dalam sejarah bola sepak profesional selepas menjuarai kejuaraan UEFA Champions League baru-baru ini.

Real Madrid menewaskan Juventus 4-1 di perlawanan akhir.

Menurut sumber MARCA, para pemain Real Madrid telah meminta pihak kelab untuk memberikan bonus sebanyak €1.5 juta atau RM11 juta.

Bonus yang cukup banyak itu bukanlah dibahagikan sama rata kepada seluruh skuad tetapi untuk SETIAP SEORANG yang berada di dalam skuad itu.

Ia merupakan bonus terbanyak diberikan dalam sejarah bola sepak dan Real Madrid bersetuju untuk membayar bonus itu kepada para pemain mereka.

Tuntutan itu dilakukan selepas mereka berjaya merangkul gelaran La Liga serta gelaran ke-12 kejuaraan Eropah yang mereka menangi di Cardiff, Wales.

Ia merupakan peningkatan ketara yang diperoleh para pemain skuad Real Madrid berbanding musim lalu.

Hal ini kerana, pada musim lalu mereka cuma memperoleh €800 ribu sahaja untuk bonus.

€700 ribu diberikan hasil kejayaan merangkul kejuaraan Eropah yang mereka menangi di Milan sementara tambahan €100 ribu adalah bonus kerana menewaskan Barcelona di Nou Camp pada aksi El Clasico.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN