Prestasi pasukan Negeri Sembilan pada akhir-akhir ini nyata sedikit menurun.
Mereka masih mengekalkan rekod tanpa kalah di Liga Perdana dan masih memimpin liga, akan tetapi beberapa keputusan seri yang dicatatkan menyaksika pasukan tersebut tidak beraksi cemerlang di awal musim.
Ini memaksa pengurusan Negeri Sembilan melakukan beberapa perubahan.
Namun adakah kita akan menyaksikan pemain import baharu dalam skuad Jang?
Hal ini kerana pemain Negeri Sembilan iaitu Marko Simic telah memberikan satu pembayang mengenai situasi beliau di Negeri Sembilan.
Tulisnya di Instagram, “semuanya sudah berakhir.”
Gambar tersebut nyata mengundang banyak reaksi dari para peminat Negeri Sembilan yang mengikuti akan Instagram beliau.
Namun begitu, ada juga yang tetap optimis dengan apa yang disiarkan oleh Simic itu.
Mereka cuma berharap yang Simic ingin mengatakan yang percutian beliau sudah pun habis dan kini masanya untuk fokus kepada latihan.
Ketika ini, Simic sedang bercuti bersama-sama keluarganya.
Apa-apa pun, kita tunggu sahaja pengumuman rasmi dari pihak Negeri Sembilan mengenai perkara ini.