Inilah Pesanan Terakhir Cheick Tiote Sebelum Beliau Meninggal Dunia

Pemergian Cheick Tiote nyata memberikan kesan kepada dunia bola sepak.

Beliau akan sentiasa dikenang sebagai pemain yang disenangi oleh pengurus dan juga para peminat terutamanya peminat Newcastle United.

Jaringan beliau ketika menentang Arsenal merupakan satu-satunya gol beliau untuk kelab tersebut, namun ia adalah jaringan yang cukup bermakna buat penyokong Newcastle United.

Sebelum beliau pergi meninggalkan kita semua, Tiote telah memberikan sebuah pesanan yang cukup bermakna untuk kita semua.

Ketika dalam perbualan di Whatsapp bersama rakannya, beliau sempat memberi pesanan yang berguna untuk kita semua.

Ia bermula apabila Tiote memuji rakannya sebagai ‘orang besar’ sekarang.

“Kau adalah orang besar, aku tahu,” kata Tiote kepada rakannya

Rakannya kemudiannya memuji beliau semula.

“Insyaallah, tetapi kau yang paling besar kawan.”

Rakannya juga sempat berkata, “semoga Allah menjadikan kita lebih besar kawan.”

Dari sinilah Tiote memberikan nasihat berguna yang boleh disimpan oleh kita semua.

“Semoga Allah menjadikan kita besar di syurga dan bukannya di dunia kawan.”

“Insyaallah. Kerana dunia akan habis, tetapi syurga tak akan pernah habis.”

Tiote dikenali sebagai seorang pemain bola sepak Muslim yang patuh pada ajaran agamanya. Beliau juga antara pemain yang berpuasa ketika bulan Ramadhan.

Ternyata pesanan beliau itu boleh diikut bukan oleh rakannya sahaja, tetapi kepada setiap umat Islam.

Semoga beliau diberikan ganjaran syurga oleh Allah di akhirat nanti. Al-Fatihah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN