FA Selangor Anggap Cadangan Jadikan Amri Kapten Hanya Untuk Runtuhkan Pasukan

Baru-baru ini, kecoh mengenai kelab penyokong Selangor yang mencadangkan agar tugas sebagai ketua pasukan diberikan kepada Amri Yahyah dari penjawat asal iaitu Razman Roslan.

Ia nyata telah pun menimbulkan reaksi berbeza-beza mengenai hal tersebut.

Baca: Presiden ASFC Mahu Amri Yahyah Jadi Kapten Selangor, Ini Respon Razman Roslan

Isu yang hangat di media sosial itu telah pun memperoleh reaksi dari pihak FA Selangor sendiri dan Setiausaha Agung mereka iaitu Rosman Ibrahim.

Bagi Rosman, tindakan tersebut tidak lebih dari sekadar usaha untuk mewujudkan tidak harmoni dalam skuad Selangor.

Bercakap kepada Harian Metro, Rosman berkata yang kumpulan penyokong yang bertindak sedemikian sepertinya telah ditaja oleh pihak tertentu.

Ada kelab penyokong ini mahu Amri menjadi kapten dan kami tahu mereka ditaja pihak tertentu untuk merosakkan pasukan Selangor.”

Menurut Rosman lagi, Amri sendiri tidak pernah menimbulkan hasrat untuk mengambil alih jawatan sebagai ketua pasukan daripada rakannya iaitu Razman.

Gambar: Kamarul Akhir/Asiana

“Razman sudah menjadi kapten sejak dari awal manakala Amri tidak pernah menyatakan hasrat untuk menjadi ketua pasukan, jadi isu tidak sepatutnya timbul.”

Harap mereka yang sengaja memainkan isu ini menghentikannya kerana kami mahu terus fokus dengan misi ditetapkan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN