Jorge Sampaoli Dilantik Sebagai Jurulatih Argentina, Mahu Panggil Semula Mauro Icardi

Bekas jurulatih Chile dan juga Sevilla, Jorge Sampaoli kini telah sah menjadi jurulatih baharu bagi skuad kebangsaan Argentina.

Perjanjian telah pun dipersetujui oleh pihak Sevilla dan Argentina sendiri dan beliau sudah pun diperkenalkan sebagai jurulatih baharu negara tersebut.

Panggil Icardi

Sampaoli tidak menunggu lama untuk memulakan gerak kerja beliau.

Tindakan pertama beliau sebagai jurulatih Argentina adalah dengan memanggil pemain Internazionale iaitu Mauro Icardi ke dalam skuad kebangsaan.

Hal ini kerana menurut Sampaoli, Icardi dipanggil atas dasar merit prestasi beliau di kelab tersebut.

“Saya panggil beliau kerana prestasi beliau yang cemerlang bersama kelabnya.”

Menurut Sampaoli lagi, beliau kini sedang memerhatikan 100 pemain yang disifatkan beliau “layak menyarung jersi Argentina”.

“Saya mahu wujudkan sebuah skuad Argentina yang hormat akan sejarahnya. Jadi saya sedang perhatikan 100 pemain yang berpotensi bermain untuk pasukan ini.”

Keputusan Sampaoli untuk memanggil semula Icardi ke skuad Argentina menghasilkan elemen kejutan.

Hal ini kerana, kali terakhir Icardi dipanggil adalah pada tahun 2013 ketika menentang Uruguay dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan.

Selepas itu, beliau tidak lagi dipanggil. Namun puncanya tidak dipanggil sedikit peribadi.

Menurut laman Qoura, punca mengapa Icardi tidak dipanggil selepas sekali bermain untuk Argentina adalah kerana isu antara beliau dengan bekas rakan sepasukan di Sampdoria iaitu Maxi Lopez.

Maxi Lopez (kiri) punyai masalah peribadi dengan Icardi.

Lopez bercerai dengan isterinya iaitu Wanda Nara dan Wanda kemudiannya berkahwin dengan Icardi pada tahun yang sama.

Ia telah menimbulkan masalah peribadi antara kedua-dua pemain hingga memberi kesan kepada tempat Icardi dalam skuad kebangsaan.

Hal ini kerana, Lopez mempunyai hubungan baik dengan Lionel Messi dan Javier Mascherano jadi mungkin Lopez ada menggunakan pengaruh 2 pemain itu untuk menyingkirkan Icardi dari skuad Argentina.

Namun begitu, Lopez menafikan perkara tersebut.

Akan tetapi, ini merupakan permulaan baharu buat Argentina, Sampaoli dan juga Icardi. Semoga berjaya!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN