Selepas 45 Tahun, Huddersfield Town Akhirnya Kembali Ke Premier League!

Huddersfield Town ke Premier League selepas menewaskan Reading dalam saingan Championship Play-Off Final di Wembley.

Mereka menewaskan Reading selepas menewaskan pasukan tersebut dengan keputusan 4-3 itu pun perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Kapten Huddersfield Town iaitu Jonathan Hogg meraikan kejayaan pasukannya layak ke Premier League.

Penentuan sepakan penalti terpaksa dilakukan selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 sepanjang 90 minit permainan dan 30 minit masa tambahan.

Perlawanan ini juga menyaksikan Huddersfield mempunyai peluang terbaik untuk menjaringkan gol kemenangan di awal perlawanan.

Peluang yang dimiliki oleh Izzy Brown untuk Huddersfield dari jarak 2 meter yang kemudiannya tidak menerjah jaring. Ya, dari jarak 2 meter dan bola itu tidak pun masuk.

https://streamable.com/4mno9

Pemenang terpaksa dicari menerusi sepakan penalti selepas tanpa jaringan di masa sebenar dan masa tambahan.

Danny Ward muncul wira Huddersfield apabila menyelamatkan sepakan penalti pemain Reading iaitu Jordan Obita.

Hasil kerja Ward itu dibalas dengan kesempurnaan sepakan penalti Christopher Schindler yang memateri tempat Huddersfield ke Premier League pada musim hadapan.

Christopher Schindler menyempurnakan penalti yang membawa Huddersfield Town ke Premier League musim hadapan.

Mereka bakal menyertai Newcastle United dan Brighton & Hove Albion ke sebagai muka baharu Premier League musim depan.

Untuk rekod, ini merupakan penampilan pertama Huddersfield Town di saingan tertinggi bola sepak England selepas kali terakhir bemain di First Division pada tahun 1972.

Tahniah, Huddersfield Town!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN