FMLLP Teruskan Sekatan Pendaftaran Pemain Import Ke Atas Kelantan

Kevin

Isu Kelantan dan pemain import semakin panas di media sosial sehingga mendapat perhatian daripada FIFPro.

FIFPro mempertikaikan kenapa Kelantan terus diberikan kebenaran untuk mendaftarkan pemain sedangkan hutang lama mereka masih belum dilangsaikan.

Sebelum itu, antara kes yang sudah tersebar ke telinga FIFPro dan FIFA. Selepas Popov & McKain, Kini Blazhe Ilijoski Pula Tuntut Tunggakan Gaji Dari Kelantan.

Selepas Bako, KAFA tidak boleh daftarkan pemain import baru

Justeru FMLLP tampil dengan kenyataan bahawa mereka akan melaksanakan sekatan pendaftaran pemain import baru untuk Kelantan.

Sebelum ini, pasukan Kelantan sudah mendaftarkan Abo Baker El Mel ataupun Bako ke dalam pasukan. Ia selepas penjualan Ghaddar ke JDT.

Kini, Tan Sri Annuar Musa sedang dalam usaha membantu KAFA untuk mendapatkan gandingan pemain tersebut.

Antara yang dikaitkan adalah Penyerang Liga Kuwait, L’imam Seydi Target Man Baru Kelantan.

Annuar Musa turut berpendapat: “Tukar Pemain Tak Semestinya Menambah Kos Pasukan”

FMLLP tidak akan benarkan perpindahan pemain import lagi buat masa ini.

FMLLP menyatakan mereka hanya menerima dan mengesahkan 1 permintaan daripada KAFA untuk mendaftarkan pemain import.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata:

“Berkenaan isu Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mendapatkan dua pemain luar negara baru-baru ini, kami dari pihak FMLLP hanya menerima satu surat permohonan daripada KAFA untuk seorang sahaja pemain luar negara yang ingin didaftarkan.”

KAFA harus selesaikan isu lama dahulu

FMLLP tegas akan meneruskan sekatan ke atas KAFA selagi-lagi mereka tidak menyelesaikan isu hutang gaji mereka sebelum ini.

“Kami tidak menerima surat permohonan untuk dua pemain luar negara sekaligus didaftarkan dan jika ada, ia tidak boleh di luluskan.”

“Ini kerana KAFA masih menghadapi sekatan perpindahan oleh kerana isu-isu yang dihadapi oleh KAFA berkenaan pembayaran perkara-perkara wajib masih belum diselesaikan.”

Tambah Kevin lagi:

“Sewaktu sekatan ini berkuatkuasa, sebarang perpindahan perlu mendapat kelulusan pihak pengurusan liga dan jika ia tidak membawa impak yang positif kepada kedudukan kewangan pasukan.”

“Atau tidak meletakkan pasukan itu di dalam keadaan dimana hutang-hutang yang sedia ada dapat ditangani maka perpindahan itu tidak dapat diluluskan.”

FMLLP juga berharap duit masuk ke dalam akaun KAFA hasil penjualan Ghaddar tempoh hari dapat digunakan sebaik-baiknya untuk menyelesaikan masalah hutang yang sedia ada.

“Pihak FMLLP berharap bahawa hasil dari perpindahan yang telah diluluskan tempoh hari dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah yang sedia ada dan sekatan perpindahan tidak lagi perlu dikuatkuasakan.”

“Jika ini berlaku ia akan dilihat sebagai satu langkah yang positif untuk KAFA dan Liga Malaysia secara keseluruhan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN