Bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann antara subjek yang terus dikaitkan dengan Manchester United selepas sebelum ini memberitahu dia 6/10 akan ke United.
Kenyataan itu keluar daripada mulut beliau sendiri dalam satu warwancara di televisyen. Skuad Jose Mourinho pula sudah mengesahkan kelayakan mereka ke UCL pada musim hadapan.
Namun semalam, bintang Atletico Madrid ini memberitahu yang jiwa beliau masih Colchonero dan menafikan sebarang spekulasi yang mengaitkan beliau dengan Manchester United.
Colchonero adalah satu terma yang merujuk kepada pemain, ataupun penyokong yang jiwa mereka adalah Atletico Madrid.
Griezmann memberitahu bahawa beberapa laporan yang menyebut pemain itu mahu keluar dari Atletico dan menyertai Manchester United tidak tepat sama sekali.
Buat masa ini, pihak ataupun wakil beliau tidak ada berbincang dengan mana-mana pasukan lagi berkaitan dengan isu berhijrah keluar dari Atletico.
Beliau berkata:
“Rumors yang berlegar adalah tidak berasas. Saya masih lagi Colchoreno. Masa depan saya akan ditentukan setelah berbincang dengan penasihat sukan saya.”
Untuk pengetahuan semua pembaca, Antoine Griezmann ada klausa perleapasan bernilai €100 juta.
Griezmann menjadi pemain berkelas dunia selepas dibangunkan oleh Diego Simeone di Atletico Madrid.
Musim ini Griezmann menjaringkan 26 gol daripada 53 penampilan dengan Atletico dalam semua pertandingan. Beliau bukan sahaja dikehendaki oleh United malah banyak lagi kelab besar lain termasuk Real Madrid.