Kerana Ingin Jadi Bintang Porno, Assou-Ekotto Tolak Sertai Birmingham City

Ini satu alasan yang pelik, dan kadang kala tak masuk akal bila difikirkan.

Benoit Assou-Ekotto merupakan antara beberapa pemain yang bermain bola sepak profesional yang tidak gemar untuk bermain permainan ini.

Beliau diingati kerana pernah bermain di Tottenham Hotspur bersama-sama dengan pemain seperti Gareth Bale dan Luka Modric ketika itu.

Assou-Ekotto nyata merupakan pemain kesayangan pengurus Harry Redknapp dan mereka pernah bersama-sama di Tottenham Hotspur satu ketika dahulu.

Jadi bintang porno

Kini, Redknapp telah pun dipilih menjadi pengurus Birmingham City di English Championship dan beliau dengan jelas mahu membawa pemain yang beliau pernah berkerjasama di kelab terdahulu kembali bersama di Birmingham City.

Salah seorangnya adalah Assou-Ekotto.

Namun begitu, Redknapp mendedahkan yang Assou-Ekotto tidak mahu menyertai beliau di Birmingham City.

Menurut beliau, pemain tersebut mahu menjadi bintang porno dan tidak mahu bermain bola lagi!

“Saya rasa saya dah cukup gila, tapi Assou-Ekotto lebih gila!”

“Satu hari ada saya dapat panggilan dari ejen, ejen tersebut tawarkan saya untuk dapatkan bekas pemain saya.”

“Pemain yang dimaksudkan adalah Assou-Ekotto.”

“Namun saya ada satu masalah. Hal ini kerana, beliau mengaku untuk menjadi bintang porno!”

Assou-Ekotto bermain untuk FC Metz di Perancis dan kini sudah kehabisan kontrak bersama kelab tersebut.

Kita nantikan sama ada beliau akan bermain bola lagi atau beralih arah ke industri filem dewasa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN