Watak baharu kini muncul!
Kita semua tahu yang setelah sekian lama Velizar Popov dan juga Jonathan McKain secara lantang meminta pihak Kelantan untuk melangsaikan gaji yang tidak diterima mereka selama ini.
Kali ini, bekas pemain import iaitu Blazhe Ilijoski turut menuntut perkara yang sama.
Ia dilakukan menerusi tuntutan terbuka di laman Instagram rasmi pasukan Kelantan.
Tuntutan bekas penyerang Kelantan itu dilakukan di kemas kini laman Instagram itu yang memberitahu yang Kelantan bakal memiliki penyerang baharu iaitu L’Imam Seydi.
Penyerang baharu itu dikatakan bakal bergandingan dengan Abou Bakr Al-Mel yang sebelum ini dikatakan sebagai pemain tengah menyerang.
Namun di kemas kini inilah, Ilijoski meminta mahu gajinya diselesaikan terelbih dahulu.
“Bayar hutang lama dahulu,” katanya.
Nampaknya, isu tunggakan gaji para pemain Kelantan ini masih lagi belum selesai.
Ia membuatkan kami terfikir, macam mana mereka mampu membeli penyerang baharu sedangkan mereka masih lagi punya tunggakan gaji para pemain mereka yang terkini serta yang terdahulu?
Hanya mereka saja yang mengetahuinya.