Makelele Mahu Orang Berhenti Sebut ‘Makelele Role’, Mahu Ditukar Kepada ‘Kante Role’

Selain trofi kejuaraan, tiada penghormatan yang lebih besar boleh mereka terima selain daripada pengabadian nama mereka dalam terma dan tatabahasa bola sepak.

Johan Cruyff adalah antara pemain mendapat penghormatan ini. Ketika Belanda menentang Sweden dalam kempen Piala Dunia 1974, Cruyff melakukan ‘180 degree turn’ yang unik untuk memperdaya pertahanan Sweden, Jan Olsson.

Sejak daripada hari itu, ‘180 degree turn’ itu dikenali sebagai Cruyff turn – seperti yang dilakukan oleh John O’Shea dalam gambar di bawah.

(Photo by Tony Marshall/EMPICS via Getty Images)

Selain Cruyff, ada beberapa lagi pemain yang pernah mendapat penghormatan ini. Antaranya Ronaldinho, Zinedine Zidane, Ricardo Quaresma dan Dimitar Berbatov. Kami pernah menulis artikel tentang skil yang mengabadikan nama mereka di sini.

Selain skil, ada juga nama pemain yang diabadikan dalam tugas bola sepak. Contohnya Sergio Busquet dalam ‘Busquet role’.

Claudio Makelele juga pernah mendapat penghormatan sama dengan terabadinya terma ‘Makelele role’ (tugas Makelele). Terma ‘Makelele role’ mula menjadi popular pada sekitar 2004 untuk menjelaskan tugas unik Makelele sebagai defensive midfielder Chelsea pada ketika itu.

Jika anda mahu tahu dengan lebih lanjut mengenai Makelele role, anda boleh membaca artikel yang pernah kami tulis mengenai tugas ini – Makelele Role : Peranan Dinamik Dan Cerdas Di Tengah Padang.

Makelele mahu ditukar kepada ‘Kante role’

Bagaimanapun Claude Makelele menegaskan beliau mahu terma ‘Makelele role’ itu ditukar kepada ‘Kante role’ – sebagai penghargaan kepada kerja cemerlang Kante di Chelsea (dan Leicester City pada musim sebelum ini).

Bagaimanapun rata-rata peminat bola sepak (termasuk kami) tidak berapa bersetuju dengan pendapat Makelele tersebut.

Pertama, gaya permainan Makelele dan Kante di Chelsea sangatlah berlainan.

Ketika beraksi bersama Chelsea, tugas Makelele adalah terhad setakat mematahkan serangan (melalui pintasan hantaran atau bentesan bersih) di tengah untuk melindungi 2 pertahanan tengah. Sebaik sahaja bola berjaya dirampas, tugas Makelele adalah menyerahkannya segera kepada pemain yang lebih kreatif.

Tugas Kante pula lebih dinamik. Kante bukan sahaja melakukan tugas ‘Makelele role’. Malah beliau juga memberi sumbangan besar dalam serangan melalui larian-larian sokongan ketika Chelsea melancarkan serangan balas.

(Photo by Rachel Holborn – CameraSport via Getty Images)

Untuk berlaku adil, mungkin kita boleh mengekalkan terma ‘Makelele role’ dan menambah ‘Kante role’. Bukannya menggantikan antara satu sama lain.

Apa pula pendapat anda? Adakah anda bersetuju dengan penilaian kami? Adakah Makelele dan Kante dua pemain yang sama?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN