Apa yang terjadi ketika kali terakhir Kedah bertemu dengan T-Team?
T-Team menang 5-0 dengan Rizal Ghazali menerima kad merah!
Malam ini, mereka bakal bertemu sekali lagi dalam saingan liga. Namun begitu bagi jurulatih Kedah, Nidzam Adha yang pasukannya tiada dendam dengan pasukan dari Terengganu itu.
Menurut MStar, jurulatih Kedah itu berkata pasukannya tidak mahu memikirkan mengenai tragedi yang berlaku di Terengganu itu sebaliknya terus fokus dengan cabaran menanti di Stadium Darul Aman.
“Saya dan pemain tidak terfikir mengenai balas dendam dan melakukan sesuatu untuk menebus kekalahan lalu.”
“Tetapi apa yang lebih penting kita mahukan kemenangan untuk mencabar dua pasukan yang sedang bersaing untuk berada di kedudukan teratas carta liga.”
Cabaran Kedah malam ini sedikit terbantut apabila pemain Zac Anderson dan juga Syazwan Zainon tidak dapat diturunkan malam ini.
Hal ini kerana, Zac masih belum lagi pulih dari kecederaan beliau dan Syazwan turut mengalami kecederaan.
“Saya yakin dengan para pemain saya yang punyai matlamat sama untuk peroleh 3 mata pada malam ini.”
“Walaupun Zac dan Syazwan cedera, kami masih ada pemain lain yang boleh beraksi dengan baik.”