E. Elavarasan: “Jangan Terlalu Hormati Pasukan JDT”

Liga Super bakal bersambung semula pada malam ini dengan pelbagai aksi menarik bakal diadakan di pelbagai lokasi.

Antaranya aksi perlawanan di Shah Alam apabila pasukan PKNS FC menentang JDT.

JDT dengan jelas dalam usaha mahu mendapatkan 3 lagi mata untuk terus melebarkan penguasaan di puncak teratas liga.

Sementara itu, PKNS FC pastinya tidak mahu kecundang di tangan JDT dan mereka pastinya mahu dapatkan keputusan positif di laman sendiri malam ini.

Gambar: Zam Zainal/Asiana

Jangan hormat mereka

Menurut laporan Sinar Harian, pengendali PKNS FC iaitu E. Elavarasan menegaskan yang beliau mahukan anak-anak buahnya tidak takut untuk berhadapan dengan JDT.

Beliau mahukan anak-anak buahnya tidak menunjukkan sebarang hormat kepada pasukan lawan tersebut.

Sudah pasti kami mahu mencatat kemenangan apabila beraksi di laman sendiri.”

Namun, misi itu perlukan komitmen tinggi pemain. Jangan terlalu menghormati lawan walaupun mereka dibarisi ramai bintang.”

Tegas Elavarasan, beliau mahukan anak-anak buahnya beraksi dengan lebih agresif untuk memastikan JDT ‘tidak senang duduk’ ketika bermain di Shah Alam.

Selain itu, beliau juga merasakan yang pasukannya perlu mendapatkan 3 mata pada malam ini untuk mendapatkan momentum untuk terus memperbaiki kedudukan dalam liga.

Kita masih mampu baiki kedudukan liga, jadi kemenangan sangat penting untuk pasukan dan saya akan memperbaiki corak permainan.”

Tapi, saya ingatkan pemain agar tidak memandang rendah cabaran lawan kerana mereka juga mahu elak kalah.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN