Bola sepak India sebelum ini meraikan kejayaan pasukan senior mereka berjaya menduduki rangking ke-100 dunia.
Kejayaan ini disulami dengan sejarah gemilang apabila pemain remaja mereka menewaskan gergasi Eropah iaitu Azzurri di bumi Itali.
Ia adalah satu keputusan yang sangat positif dalam usaha mereka mempersiapkan diri untuk kejohanan Piala Dunia FIFA B-17 tahun yang akan datang.
Kejohanan ini akan dilangsungkan di India pada Oktober 2017.
Persatuan Bola Sepak India (AIFF) telah berusaha bersungguh-sungguh musim ini untuk memperbaiki bola sepak India dari pelbagai aspek.
Daripada rombakan struktur sehinggalah promosi agar lebih ramai ibu bapa di India menyokong anak mereka untuk menjadi pemain bola sepak profesional.
Ini termasuk pembangunan bakat muda. AIFF mengakui bukan mudah untuk mengatur temu janji dengan skuad Azzurri buat masa ini.
Namun segala usaha AIFF ini berbaloi apabila skuad B-17 India sangat bersungguh-sungguh sepanjang perlawanan ini. Mereka menjadi pasukan pertama yang menguji gawang gol pasukan lawan.
Itali pula bukanlah pasukan calang-calang dalam melahirkan bakat muda. Mereka ada gedung bakat yang sangat besar.
Tapi siapa sangka pasukan dari India berjaya menewaskan skuad remaja mereka dengan kedudukan 2-0. 1 gol dari setiap separuh masa dilakukan.
Ia pastinya kejayaan yang akan ditulis dalam sejarah gemilang bola sepak India.
Dance the night away! A historic feat as #India U17s defeat #Italy U17 2-0. A historic feat for all #Indians. #BackTheBlue pic.twitter.com/bfduCPOc49
— Indian Football Team (@IndianFootball) May 19, 2017
Kejayaan ini mendapat perhatian ramai pihak sama ada di India dan dari seluruh dunia. Peminat bola sepak di India tidak henti henti