Pengadil Wanita Ini Cipta Sejarah, Bakal Adili Perlawanan Bundesliga Musim Hadapan

Ini merupakan satu kejayaan buat industri pengadil bola sepak wanita!

Seorang pengadil bola sepak wanita di Jerman telah diberi mandat dan penghormatan untuk mengadili perlawanan Bundesliga bermula musim hadapan.

Pengadil wanita Bibiana Steinhaus (gambar bawah) merupakan pengadil wanita pertama yang mengadili perlawanan Bundesliga dalam sejarah. Beliau akan mula bertugas pada musim hadapan.

Ia telah disahkan sendiri oleh laman rasmi Jerman FA.

Steinhaus merupakan seorang pegawai polis berusia 38 tahun yang berasal dari Hanover.

Kenaikan pangkat beliau sebagai pengadil Bundesliga turut disertai oleh 3 lagi pengadil baharu yang juga akan mengadili Bundesliga pada musim hadapan.

Kejayaan ini nyata merupakan satu cita-cita yang dimahukan beliau dan ia merupakan mimpi jadi realiti.

“Sebaik saya mendapat tahu yang saya akan menjadi pengadil Bundesliga, saya terkejut dan terpaku.”

“Saya punya pelbagai perasaan. Tak percaya, gembira, tertanya-tanya – semua ada!”

“Adalah menjadi impian saya untuk mengadili di tahap tertinggi. Ia merupakan sebuah impian yang menjadi kenyataan yang terdapat kegembiraan di dalamnya.”

Tahniah dan semoga terus menjadi pengadil yang cemerlang buat Bibiana Steinhaus!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN