Dirk Kuyt: Bintang Liverpool, Feyenoord Dan Belanda Umum Persaraan

Bekas bintang Liverpool dan Belanda serta kapten Feyenoord, Dirk Kuyt mengumumkan persaraanya selepas 19 tahun bergelar pemain bola sepak profesional.

Pengumuman itu dilakukan selepas memimpin Feyenoord menjulang kejuaraan Eredivisie Belanda, yang pertama sejak tahun 1999.

(Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

Kuyt menjaringkan hatrik untuk menewaskan Heracles 3-1 untuk mengesahkan kelab Rotterdam itu merangkul kejuaraan ke-15 Eredivisie sepanjang sejarah penubuhan Feyenoord.

Beliau dijangka diberikan peranan sebagai staff teknikal selepas persaraannya di kelab tersebut.

Karier profesional Dirk Kuyt bermula di Utrecht pada usia 18 tahun pada tahun 1998. Beliau kemudiannya berhijrah ke Feyenoord sebelum perpindahan bernilai £9 juta ke Liverpool.

(Photo by VI Images via Getty Images)

Dirk Kuyt beraksi bersama Liverpool di antara tahun 2006 sehingga 2012.

Kerja keras dan kebolehannya menjaringkan gol-gol penting di Liverpool membuatkan Kuyt turut dijulang sebagai lagenda di Anfield.

Kuyt menjaringkan gol kemenangan dalam penentuan sepakan penalti pada peringkat separuh akhir UEFA Champions League musim 2006-2007 menentang Chelsea.

Walaupun menjaringkan satu gol di aksi final pertandingan eropah tersebut, Liverpool tewas 2-1 kepada A.C Milan di Stadium Olympic, Athens pada musim pertama bersama kelab Merseyside itu.

(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Penyokong Liverpool pasti tidak boleh melupakan jaringan hatrik Dirk Kuyt ketika menewaskan seteru North-West Derby, Manchester United pada musim 2010-2011 di Anfield.

Walaupun tampil dalam 3 perlawanan akhir ketika bersama Liverpool, Dirk Kuyt hanya menjulang Piala Liga (EFL Cup) pada musim 2011-2012.

Dirk Kuyt juga adalah watak penting dalam kesebelasan utama Rafael Benitez apabila muncul naib juara Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim 2008-2009.

Dirk Kuyt dan Liverpool dikecewakan oleh Manchester United pada musim tersebut. The Red Devils menjuarai EPL buat kali ke-18, menyamai rekod lama kelab Liverpool sebagai kelab paling berjaya di England.

(Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

Ketibaan Brendan Rodgers di Anfield pada musim panas 2012, menyebabkan Kuyt dijual ke Fenerbache. 3 musim di Turki, Kuyt berjaya merangkul Piala Turki dan kejuaraan Super Lig pada musim pertama bersama Fenerbahce.

Pada tahun 2015, Kuyt kembali ke Feyenoord. Ketika mengumumkan persaraannya, beliau berkata:

“Saya kembali untuk menang dan bergelar juara bersama Feyenoord. Kini segala impian saya telah tertunai.”

“Ini adalah masa yang tepat untuk bersara. Kejuaraan liga pada musim ini adalah satu pencapaian yang menakjubkan.”

(Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

Di peringkat antarabangsa, Dirk Kuyt telah membuat penampilan sebanyak 104 kali bersama Belanda.

Di bawah kendalian Bert van Marwijk, Kuyt dan Belanda muncul sebagai naib juara Piala Dunia 2010. Belanda ditewaskan oleh Sepanyol dengan jaringan 1-0 di aksi final di Afrika Selatan.

Piala Dunia 2014 di Brazil, Dirk Kuyt dan Belanda mara ke peingkat separuh akhir.

Namun anak buah Louis Van Gaal tewas 2-4 melalui penentuan sepakan penalti kepada Argentina. Belanda kemudiannya bangkit menewaskan Brazil 3-0 untuk perlawanan penentuan tempat ke-3.

Selamat bersara Dirk Kuyt. Kerja keras dan kesungguhan anda ketika aksi di atas padang pasti dirindui.

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN