Sergio Aguero Hampir Pasti Disingkir Melaka United, Diganti Dengan Felipe Souza

Selepas Godwin Antwi disingkir Melaka United, seorang lagi pemain import hampir pasti disingkirkan mereka.

Menurut Berita Harian, Sergio Aguero kini bakal disingkirkan selepas tidak menepati standard yang dimahukan oleh pasukan.

Melaka United player, Sergio Fabian Ezequiel Aguero during Super League match at Selayang Stadium on 27 January 2017. Photo by Nur Ridzuan / www.asiana.my

Beliau kini bakal diganti dengan pemain baharu yang beraksi di bahagian tengah iaitu Felipe Souza.

Menurut laporan kami semalam, Souza sedang berada dalam pemilihan oleh pihak Melaka United dengan pemain seperti Amri Yahyah telah dilepaskan untuk sertai Selangor.

Kemasukan Souza dijangka akan melengkapkan slot 4 pemain import Melaka United bersama-sama Ilija Spasojevic, Jasmin Mecinović dan juga Jeon Woo Young.

Namun buat masa ini, Souza bakal diuji dalam perlawanan persahabatan menentang PKNP FC yang akan dilangsungkan di Stadium Hang Jebat.

Dalam masa yang sama, andai Souza tidak berjaya menambat hati Eric Williams. Maka Williams akan memilih untuk mendapatkan pemain lain untuk slot pemain import ke-4.

Eric dijangka memanggil semula bekas pemain import Melaka United iaitu Labinot Harbuzi untuk kembali memperkuatkan semula barisan mereka yang sedia ada.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN