Kenali Clapton FC Ultras: Gerakan Komuniti Yang Menentang Bola Sepak Moden

Clapton FC merupakan kelab kecil bermain di Essex Senior Football League dan kini menghuni tangga ketujuh liga selepas 40 perlawanan liga musim 2016/2017.

Penubuhan kelab ini pada tahun 1878 yang dikenali sebagai Down FC.

Kelab yang terletak di Timur London ini lebih dikenali sebagai The Tons oleh para penyokong yang sentiasa berada di sisi kelab ini.

Disamping mempunyai sekumpulan ultras dikenali sebagai Clapton FC Ultras yang sentiasa menjalankan kegiatan sosial mereka setiap perlawanan di The Old Spotted Dog Ground merupakan gelanggang utama kelab ini.

Gerakan Clapton FC Ultras.

Kegiatan sosial mereka bersama komuniti di sebelah Timur London ini melibatkan kegiatan melawan sikap perkauman, mengumpul makanan untuk para pelarian menerusi program Refugee & Migrant Project (RAMP), memperjuang hak kemanusiaan dan  melakukan aktiviti pembersihan perkarangan stadium.

Segala kegiatan ini menghasilkan hubungan baik terjalin antara komuniti setempat dan mendapat liputan hebat daripada media di British.

Slogan Against Modern Football menjadi ikutan ultras kelab ini untuk melawan kenaikan harga tiket kepada penyokong kelab ini.

Malah, mesej tersebut dinyatakan melalui suara mereka di perkarangan Old Spotted Dog Ground kepada Vince McBean apabila pemilik kelab tersebut mencadangkan kenaikan harga tiket sebanyak £1 kepada pelajar, remaja bawah 16 tahun dan warga emas tanpa pengetahuan penyokong mereka

Mereka mengadakan bantahan di perkarangan stadium ketika perlawanan berlangsung terhadap isu ini sambil mendapatkan penjelasan daripada pengurusan kelab dengan jelas pada isu ini.

Bantahan suara tersebut mereka tidak mahu pemilik kelab menaikkan harga tiket perlawanan tanpa perbincangan, notifikasi, alasan tidak bernas dengan mereka.

Protes dilakukan terhadap pemilik kelab yang mahu menaikkan harga tiket.

Penyokong juga ingin mengadakan perjumpaan dengan pemilik kelab untuk membicarakan hal ini dan mendapatkan persetujuan bersama pemilik kelab ini.

Hasil perbincangan tersebut, pengurusan kelab telah bersetuju untuk menurunan harga tiket atas desakan tersebut.

Para penyokong juga bersetuju menghentikan protes terhadap pengurusan kelab dan kembali menyokong kelab ini.

Inilah sifat kesetiaan dan kecintaan pada kelab Clapton FC.

Nota editor: Artikel ini merupakan tulisan yang menggunakan nama pena Pahlawan Jebon. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Wordk ke [email protected] .

Baca juga: Guardiola: “Di Premier League Sahaja 6 Pasukan Berebut 1 Posisi”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN