Singapura menjuarai Piala Sultan Selangor 2017 selepas menang 3-2 ke atas PKNS FC. PKNS FC dipilih mewakili Selangor dalam edisi kali ini.
Ini adalah kejuaraan ke-7 untuk Singapura dan berjaya mempertahankannya selepas menjurainya di Shah Alam tahun lalu.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura, Khairul Nizam dan Shakir Hamzah meletakkan tuan rumah 2 gol di hadapan pada separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Faris Ramli menjaringkan gol ke-3 menerusi sepakan penalti.
PKNS FC bangkit dan merapatkan kedudukan menerusi 2 gol dari Safee Sali dan Gonzalo Soto. Namun usaha mereka untuk menyamakan kedudukan agar perlawanan diheret ke penentuan penalti tidak kesampaian.
Ini adalah kali pertama kejohanan ini dianjurkan semula di Singapura selepas 8 tahun kerana pembinaan stadium baru.
Stadium ini baru dibuka pada 2014 lalu. Ia adalah satu perlawanan pertunjukan untuk mengenang perseteruan di antara 2 gergasi Tanah Melayu pada satu ketika dahulu.
Berikut adalah pemain yang dipilih mewakili pilihan Sigapura dan pilihan Selangor (PKNSFC)
Singapura: Hassan Sunny, Faritz Hameed, Irfan Fandi (Zulfahmi Arifin 65′), Yasutaka Yanagi (Afiq Yunos 46′), Shakir Hamzah, Hariss Harun, Kento Nagasaki, Yasir Hanapi (Khairul Amri 56′), Faris Ramli (Hami Syahin 87′), Jordan Webb (Gabriel Quak 90′), Khairul Nizam (Shahril Ishak 68′)
PKNS FC: Zamir Selamat, P. Gunalan, Nizam Abu Bakar (Bobby Gonzales 90′), Gonzalo Soto, Azmi Muslim (Alif Haikal 56′), Shahrul Azhar Ture (Azreen Zulkafali 66′), Fauzan Dzulkifli, Shim Un-seob (Matias Jadue 40′), Nazrin Syamsul (Khyril Muhymeen 86′), Safee Sali, Patrick Wleh (Lucas Espindola 81′).
Sebagai ganjaran, pasukan pilihan Singapura membawa pulang RM80,000.
Pilihan veteran Selangor dan Singapura pula berkongsi kejuaraan selepas seri tanpa jaringan.
Edisi kali ini julung kalinya memperkenalkan cabaran antara Sekolah-Sekolah Selangor dan Singapura. Format yang menyaksikan kedua-dua pasukan memilih pemain bawah 16 tahun.
Ianya dimenangi oleh Singapura yang menang menerusi penentuan sepakan penalti 4-3.
Baca juga: 5 Pertembungan Panas Arsenal vs Manchester United Dalam Sejarah EPL