Pergaduhan Penyokong Cemari Final PAOK Dan AEK Athens, 40 Dilaporkan Cedera

PAOK memenangi pertandingan Piala Greek apabila menewaskan AEK Athens 2-1 di dalam aksi final semalam.

Bagaimanapun, perlawanan akhir berkenan dicemari dengan insiden pergaduhan penyokong kedua-dua buah pasukan.

Berdasarkan akhbar USA Today, 40 orang penyokong dilaporkan cedera dengan 2 daripada mereka dikatakan mengalami kecederaan parah.

Pertembungan penyokong kedua-dua buah pasukan sebelum aksi final.

Aksi final berkenaan terpaksa ditunda selama setengah jam kerana insiden tersebut. Pihak polis melaporkan 10 penyokong dikejarkan ke hospital dan 2 daripada mereka dalam keadaan yang serius.

Pergaduhan dilaporkan tercetus apabila kumpulan kedua-dua penyokong terserempak di sebuah jambatan di luar stadium di mana tiada kehadiran anggota polis di situ.

Pergaduhan tersebut berlarutan selama kira-kira 30 minit sebelum sejumlah anggota polis dikerah untuk meleraikannya.

Pihak polis terpaksa menggunakan bom asap dan gas pemedih mata untuk meleraikan pergaduhan ganas berkenaan.

Sebahagian penyokong melarikan diri ke stadium setelah gas pemedih mata dilepaskan oleh pihak polis.

Pihak polis berkata, salah seorang yang mengalami kecederaan serius dalam insiden berkenaan mempunyai kesan susukan pisau di badan. Seorang lagi penyokong mengalami kecederaan yang serius di bahagian kepala.

Sebahagian 40 penyokong lagi dirawat di sekitar stadium atas kecederaan ringan dan ada di kalangan mereka dilaporkan mengalami jahitan akibat luka.

Bagaimanapun, mereka dibenarkan oleh pihak polis untuk masuk ke stadium untuk menyaksikan final tersebut.

Tiada lagi pergaduhan dilaporkan selepas tamat perlawanan. Pihak polis terpaksa mengiringi penyokong AEK Athens segera keluar daripada stadium tatkala penyokong PAOK meraikan kejayaan pasukan mereka.

Ini bukanlah insiden pertama membabitkan penyokong kedua-dua buah kelab. Pada tahun 2011, penyokong AEK Athens menceroboh padang dan menyerang pemain PAOK dalam perlawanan separuh akhir dalam pertandingan yang sama.

Pedro Henriquez menanduk masuk gol kemenangan PAOK pada minit ke-81, menyambut hantaran lintang cantik daripada Marin Leovac.

Hennriquez hanya dimasukkan sebagai pemain gantian 8 minit sebelum itu untuk Djalma Campos.

Pemain PAOK meraikan gol kemenangan pasukan.

Pemain AEK Athens dan barisan staff kejurulatihan membantah jaringan kemenangan berkenaan kerana Pedro Henriquez didakwa berada di dalam posisi offsaid.

PAOK membuka jaringan dalam perlawanan ini dengan gol oleh Diego Biseswar.

AEK Athens pantas menyamakan kedudukan 2 minit kemudian apabila percubaan jarak jauh Lazaros Christodoulopoulos gagal ditangkap kemas penjaga gol PAOK, Panagiotis Glykos.

Percubaan yang sepatutnya adalah tangkapan rutin oleh Panagiotis Glykos terlepas daripada dakapan dan bola bergoleh menuju garisan gol untuk AEK Athens mengikat kedudukan pada 1-1.

“Ini bukanlah final yang memperagakan permainan bola sepak yang menari,” ujar jurulatih PAOK, Vladan Ivic selepas perlawanan.

Beliau turut menegaskan siapa yang melakukan paling sedikit kesilapan akan memenangi perlawanan.

Kejuaraan Piala Greek ini adalah yang ke-5 untuk PAOK dan yang pertama sejak 2003.

Namun insiden hooliganisme ini pastinya akan menjadi perhatian UEFA selepas ini.

Baca juga: 5 Pertembungan Panas Arsenal vs Manchester United Dalam Sejarah EPL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN