Analisis Taktikal: Melaka United Progresif, JDT Hilang Cengkaman Di Tengah

JDT musim ini ada isu yang ketara dengan kecergasan pemain utama selepas 70 minit. Ketiadaan workrate Gonzalo Cabrerra jelas dirindui oleh mereka.

Pemain seperti Gabriel Guerra memiliki kadar kerja yang tinggi dan rajin namun isu fitness jelas menjadi musuh utama JDT.

Permulaan

Melaka bermula dengan sistem 4-4-1-1. Manakala JDT bermain dengan formasi biasa mereka 4-3-3.

Melaka kompak bertahan tetapi bocor di kiri pada separuh masa pertama

Jika dicerna perlawanan ini pada separuh masa pertama, Melaka banyak turun ke bawah dengan 2 banks of four mereka membentuk untuk pertahanan dalam kedudukan kompak.

Namun pelan pertahanan ini sangat rapuh di sebelah kanan. Mereka berkali-kali terlepas Azriff Nasrulhaq. Tugas untuk merantai bek sisi ofensif adalah tugas pemain sayap Melaka.

Khuzaimie Piee ataupun Surendran (swap wing system) jelas tidak cukup bagus dalam isu ini. Khair Jones ada malam yang sangat sukar. Berlaku kekeliruan secara zonal marking yang jelas.

Eric Williams terlalu berisiko membiarkan keadaan ini berlaku sepanjang separuh masa pertama. Malang sekali untuk JDT yang tidak berjaya menjaringkan gol dalam fasa Azrif Nasrulhaq mengeksploitasi ruang.

Mujurlah sistem ini tidak berterusan selepas kemasukan Safawi Rasid.

JDT tiada taring untuk membunuh Melaka

Melaka bertahan sangat baik secara unit. Tetapi seperti yang saya terangkan di atas, mereka ada satu weakest link yang sangat teruk iaitu di kiri.

JDT, jelas cuba mengambil kesempatan untuk memberikan Azriff banyak bola. 2 clear cut chances dan beberapa lagi peluang lain turut dicipta oleh pemain dinamik ini.

JDT memiliki kesukaran di sektor lain terutama di zon 14 yang dikawal dengan sangat baik oleh pemain-pemain Melaka.

JDT hilang percikan (spark) di tengah

Apa sudah jadi dengan Safiq Rahim? Gol cantik beliau membuatkan orang melupakan ketidak-efektif-an beliau di tengah berbanding dengan sebelum ini.

Tentang Mahali Jasuli ni memang saya tidak mengharapkan banyak daripada beliau. Mahali memang bukan pemain tengah. Dia hanya ada defensive prowess untuk memenangi bola di tengah.

Apabila sampai ke zon lebih tinggi di tengah dia tidak ada kreativiti dan banyak sekali dia melakukan hantaran patah balik (fallback passes).

Safiq Rahim gagal memberikan sokongan kepada penyerang bertiga. Safiq tidak ada banyak gerakan masuk ke zon 14 seperti sebelum ini.

Dengan corak pertahanan Melaka yang kekal dengan 2 banks of four yang berdisiplin, JDT memerlukan percikan ini. Namun ia tidak dijelmakan Safiq Rahim kali ini.

Kemasukan Safawi dan pertukaran peranan Mahali ke tengah secara tidak langsung membuatkan mereka bermain sistem baru iaitu double pivot. Saya yakin sistem ini adalah lone pivot.

Tetapi cara Mahali beroperasi yang lebih banyak di sebelah Shakir Shaari, ia membuatkan ada isu taktikal yang ketara.

Gabriel Guerra banyak turun terlalu ke bawah untuk memastikan ada pertalian di antara 2 garisan iaitu penyerang bertiga dan unit tengah.

Apabila dia cuba menghubungkan unit di tengah, dia meninggalkan posisi dan peranan asal beliau. Hazwan Bakri turut tidak beraksi di bawah par.

Di bawah ini saya memberikan gambaran perubahan struktur yang membuatkan JDT lebih defensive dengan kemasukan Mahali. Sedangkan Mora sebenarnya mahukan pasukan beliau bermain ofensif.

(Nota editor: Amirul Hadi dikeluarkan kerana kecederaan)

Mora menggunakan pemain yang salah dari segi mentaliti dalam taktikal yang kurang sesuai. Adakah JDT perlu lebih bertahan?

Hanya kerana tweaks yang minor ini, ia mempengaruhi struktur JDT yang memang bermasalah dengan zon 14 dalam perlawanan ini kerana kurangnya aksi penetratif Safiq Rahim dan pemain tengah lain.

Pada separuh masa kedua, cengkaman JDT di tengah semakin lemah, pada fasa ini Melaka United cuba menggunakan ruang itu.

Pelan serangan Melaka

Pada separuh masa pertama adalah lebih kepada aktiviti menyerap asakan. Melaka tetap harus memperbaiki isu serangan balas.

Mereka ada peluang menyerang balas tetapi visi pemain mereka agak tertutup. Lambat membuat keputusan dan banyak cubaan dari jarak jauh.

Aguero pada separuh masa pertama banyak berjuang bersendirian. Ilija Spasojevic terputus (isolated) dari organisasi.

Ini adalah 2 isu taktikal Melaka ketika menyerang. Khuzaimie Piee jelas sangat lemah secara teamplay. Spasojevic dan Aguero terputus hubungan.

Pada separuh masa kedua, Melaka lebih positif. Yang paling penting adalah mereka lebih laju mengalirkan bola di antara pemain pada fasa serangan balas.

Dengan isu kecergasan melanda pemain seperti Gabriel Guerra, ancaman JDT sedikit berkurangan. Dan pada ketika ini Melaka United lebih keberanian untuk menyerang.

Gol peyamaan Melaka United adalah kerana Izzaq Faris yang memenagi bola di udara dan menghantarnya untuk Surendran.

Surendran mendapat banyak ruang di half-space. Kami pernah menyatakan, hantaran silang dari half-space jauh lebih bahaya daripada kawasan lebih jauh di bahagian sayap.

Apa yang lebih penting adalah sentuhan pertama Jeon Woo yang eliminating 3 pemain ataupun membunuh ruang dan memerangkap gerakan 3 pemain.

Ia adalah tactical goal kerana sentuhan pertama itu yang sangat baik. Dari jarak dekat, peratusan gol yang tinggi dan Melaka menyamakan kedudukan.

Sebelum gol ini, Mora sudah membuat pertukaran defensive untuk mengekalkan pendahuluan 1 gol kerana dia tahu pasukan JDT ada isu dengan fitness dan stamina dalam perlawanan ini.

S. Chanturu adalah pertukaran yang tidak memberikan impak dalam perlawanan ini. Dalam keadaan pasukan yang bergelut dengan isu stamina dan taktikal, setiap pertukaran pemain adalah penting.

Kemasukan Safawi Rasid memberikan tambahan yang baik di bahagian sayap. Namun pada fasa ini juga Azriff tidak diberikan banyak lesen oleh Safawi untuk menggunakan ruang di sisi bahagian atas.

Safawi perlu lebih cepat untuk tuck inside untuk membenarkan Azriff melakukan kerja beliau seperti biasa. Saya yakin perkara ini akan diperbaiki kerana, Azamuddin Akil dahulu pun ada isu ini.

Namun selepas itu beliau semakin baik bermain dalam sistem bek sisi yang berada di garisan sangat tinggi/advance.

Ia berbeza dengan jika pasukan seperti JDT sedang mendahului 2 atau 3 gol dan taktikal berjalan baik.

Penilaian

Mora berhadapan dengan isu kesebelasan utama. Ketiadaan Cabrerra dan Afiq Fazail jelas memberikan impak. Gandingan Safiq-Shakir-Amirul/Mahali jelas tidak memberikan impak secara transisi.

Shakir Shaari bermain baik dalam perlawanan ini. Tetapi saya tekankan isu trio bukan individu.

Pada fasa pertukaran pemain defensif yang memang lemah bermain di tengah, iaitu Mahali Jasuli, fasa ini JDT menyerahkan jajahan di tengah kepada Melaka secara perlahan-lahan.

Pada masa yang sama, JDT boleh menjaringkan 2 atau 3 gol pada separuh masa pertama. Namun JDT berhadapan dengan isu hilang intensiti sekali lagi dalam perlawanan ini.

Eric Williams boleh dikira bernasib baik untuk tidak dihukum kerana terlalu lama membiarkan isu kebocoran teruk di bahagian kiri.

Pada separuh masa kedua, Melaka berhak untuk tidak kalah dalam perlawanan ini. Malah mereka berhak menang kerana workrate mereka jauh lebih baik berbanding separuh masa pertama.

Pemain terbaik

Sergio Aguero (Melaka)

Pemain ini berlari ke seluruh padang untuk membantu pertahanan, menggerakkan serangan dan mengutip bola dari bahagian bawah.

Beliau tidak berputus asa walaupun seminit dalam perlawanan ini. Selain itu, pemain seperti Khairu Azrin juga berhak diberikan pujian. Beliau bermain baik di tengah dan meningkat dari minit ke minit.

Baca juga: Analisis Taktikal: Struktur Manchester United Lebih Stabil Daripada Celta Vigo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN