T-Team merupakan salah satu daripada 4 pasukan Liga Malaysia yang dipotong mata tempoh hari oleh pihak FMLLP atas kegagalan menyelesaikan masalah tunggakan gaji, KWSP, LHDN dan juga Perkeso.
Namun begitu, di pihak T-Team segalanya telah diselesaikan dengan baik cuma ia tak sempat dimuatnaik ke dalam Sistem Pengurusan Maklumat Bola Sepak (SPMB) mengikut tarikh yang ditetapkan.
Akan tetapi, pihak FAM memberi bayangan yang pasukan boleh melakukan rayuan mengenai hukuman yang dikenakan oleh mereka.
Bercakap kepada pihak media, ketua pegawai eksekutif FMLLP iaitu Kevin Ramalingam keputusan mengenai rayuan itu hanya boleh diketahui pada 15 Mei 2017.
Ia bakal menentukan sama ada T-Team mengalami pengurangan hukuman ataupun denda sedia ada akan dikekalkan.
Untuk rekod, cuma T-Team sahaja yang sudah menghantar kesemua dokumen yang diperlukan bagi menyelesaikan hal mereka.
“Pelanggaran peraturan sudah berlaku, namun kita perlu lihat dari dua sudut.”
“Pertama adalah mereka sudah pun melanggar peraturan, namun kita perlu lihat usaha mereka untuk mematuhi peraturan tersebut.”
Bagi Kevin, mematuhi peraturan adalah perkara asas dan perlu diikut oleh mana-mana pasukan.
Dalam masa yang sama menurutnya, tidak perlulah pasukan lain memperbesarkan hal ini dengan melibatkan perkara yang diluar konteks.
Baca juga: Datuk Seri Vida: “Saya Tidak Berhutang Apa-Apa Dengan KAFA”