Migggu lalu kami menceritakan cabaran oleh seorang admin group whatsapp futsal/bola sepak padang.
Ianya selari dengan cadangan kerajaan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada admin kumpulan dalam whatsapp jika kumpulan yang mereka tadbir ada salah laku.
Undang-undang ini diperluas kepada medium kumpulan yang lain termasuk Telegram, Facebook Messenger, dan sebagainya.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh SKMM pada 3 May 2017, setiap petadbir ataupun admin kumpulan perlulah mematuhi garis panduan berikut:
- Maklumkan kepada semua ahli kumpulan, sebab utama kumpulan aplikasi pesanan diwujudkan dan memikirkan samada peraturan asas diperlukan
- Prihatin terhadap peraturan/syarat-syarat yang digariskan oleh penyedia platform.
- Menegur posting/komen untuk memastikan perbincangan berada di landasan yang betul.
- Sentiasa semak posting/komen (dengan seorang moderator, jika boleh.
- Mempertimbangkan untuk mengeluarkan atau menyekat mereka yang terus membuat posting/komen jelik.
Bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan.
SKMM turut memberikan nasihat untuk pentadbir/admin kumpulan untuk menjadikan mereka lebih kawalan ke atas kumpulan yang mereka tadbir.
Antara tips yang diberikan oleh SKMM ialah
- Elakkan menjadi pentadbir yang tidak aktif/senyap.
- Elakkan dari melanggar standard komuniti/garis panduan yang telah ditetapkan oleh penyedia platform (contohnya Facebook, WhatsApp, Telegram)
- Jangan menggalakkan, menghasut atau bersubahat terhadap posting/komen yang jelik.
- Jangan membenarkan perbincangan keluar daripada topik.
- Jangan takut untuk bertegas dengan troll atau dengan individu yang secara berterusan melanggar peraturan asas.
- Jangan menganggu / menghalang siasatan yang sedang dijalankan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang.
Kami berharap anda kongsikan dengan rakan anda artikel ini terutama di kumpulan whatsapp, telegram, mesengger dan sebagainya.
Baca juga: VIDEO: Joseph Kalang Tie ‘Kantoi’ Curi-Curi Pandang Jasmine Suraya